10 Safar 1433H. [MOD] -
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang menggunakan media pro kerajaan untuk menyerang peribadinya.
“Saya selalunya tidak komen serangan di saat Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum 2008 kerana akan muncul orang dan dakwaan baru dikemukakan secara sindiran dan menggunakan media kerajaan,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Pakatan di ibu pejabat PKR, di sini.
Anwar berkata, walaupun sudah mengenali Raja Petra selama sepuluh tahun, penulis blog itu didakwa tidak pernah tampil bersemuka untuk membincangkan isu yang dibangkitkan baru-baru ini.
Saya mengenalinya lama dan beliau tidak pernah menyebutnya. Beliau mulai aktif sejak di penjara. Saya berterima kasih padanya kerana banyak membantu.
“Tetapi beliau tidak bersedia ke penjara dan akhirnya melarikan diri ke London. Setakat itu sahaja. Sejak beliau menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Sarawak, enam bulan lalu, saya tidak berhubung dengannya,” katanya.
Beliau mengulas pendedahan Raja Petra dalam wawancara eksklusifnya di akhbar arus perdana, baru-baru ini.
Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan