9 Safar 1433H. [MOD] -
Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Fadiah (kiri) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis.
"Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan