08 Mac 2009

RAYUAN DERMA MANGSA RIBUT

CATATAN WM 7/3/09 : Untuk kelmarin 6 Mac sebanyak RM 810 sumbangan telah diterima dari pelbagai pihak. Terima kasih .

Dalam kejadian ribut beberapa hari lepas yang saya siarkan sebagaimana dengan lawatan yang dilakukan dalam blog ini. sebanyak 25 rumah dalam DUN Titi Serong yang mengalami kerosakan yang memerlukan bantuan segera.Bersama ini disiarkan gambar keadaan 4 dari rumah yang mengalami kerosakan teruk.

Rumah seorang OKU yang ranap menyembah bumi, bantuan segera diperlukan.

Pihak kami telah mengeluarkan bantuan segera berupa sedikit sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan seharian untuk meringankan bebanan mangsa.Itulah kemampuan kami setakat ini.

Namun jauh dari itu kami masih menyedari ianya jauh dari mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang dialami mangsa walaupun bukan untuk 100%.

Oleh itu atas nama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong kami memohon bantuan dari semua pihak, apalah sudi kiranya disalurkan derma kepada magsa tersebut. Insya Allah segala sumbangan dari semua penderama yang budiman akan kami salurkan kepada semua mangsa dengan seamanah dan sebaik mungkin.

Derma tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut :-

1. Bank Islam- Pusat Khidmat ADUN Titi Serong- No.Akaun : 08022010043634
2. Maybank - Khalil Idham Lim/Norainah - No.Akaun : 158417019430


Bantulah mereka yang memerlukan.


Semua bumbung diterbangkan angin.


Simpati anda meringankan bebanan mereka.

10 ulasan:

AvanzaG berkata...

Saya pun lalu kawasan Titi Serong dari Tanjong Piandang masa tu,memang kuat ribut hari tu.

Sama-samalah kita menyumbang walaupun sekupang,janji buat sumbangan.

p/s:Zambry mai Parit Buntar hari tu tak melawat kawasan kejadian ker YB...Mintak DS Nizar turun siap buat ceramah penerangan baru sumbangan boleh bertambah sikit.

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah derma akan sampai dari saya, sekadar yang termampu.

Hamba Allah

ZAMRI kecik's berkata...

saya cadangkan YB buat satu akaun bank untuk memudahkan penderma membuat sumbangan.
tak semestinya hanya untuk mangsa yang ini...

lan berkata...

insyaAllah saya akan menderman sebentar lagi

Idham Lim (林川興) berkata...

Isya Allah saya akan ujudkan satu akaun khusus untuk dana kebajikan DUN Titi Serong.Terima ksih dengan sokongan semua pihak, semuga Allah memberkati dengan ganjaran pahala yang berganda.

Tanpa Nama berkata...

Y.B,
saya minta izin hebahkan perkara ni di laman saya...

Idham Lim (林川興) berkata...

Pagi ini sebanyak 3 orang menyumbang, seorang hamba Allah menyumbang sebanyak RM 500, 2 orang melalui internet banking sebanyak RM 40 termasuk seorang bangsa cina.

Idham Lim (林川興) berkata...

ok tolong hebahkan.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah...
Marilah kita sama-sama menderma untuk bekalan di hari Akhirat...

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana wang yang dalam poket kita adalah amanah Allah utk kita menjaganya maka kita bantulah saudara2 yg ditimpa musibah dan yakinlah janji Allah wang yg kita dermakan itu akan digantikan oleh Allah dgn banyak lagi. insyaAllah saya akan menderma.....