Setelah sempat pulang ke hotel penginapan dan checkout sekitar jam 6.00 petang saya bergegas ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli PAS yang sudah lebih awal. Saya juga diberikan kesempatan untuk menceritakan keadaan yang sebenar didalam dewan negeri yang telah dicemari oleh BN.
Sesampai saya di sana YAB.DS. Nizar sedang memberikan taklimatnya berkaitan dengan Sidang Perak . Antara kandungan taklimat kami yang dicatat dalam blog Intanhijau seperti berikut :
Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Dato' Husam Musa ,Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, Sdr. Mustafa Kamil Ayob, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.
Antara isi sidang media ialah :
Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson
PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan
Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia
Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi
ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar
Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia
Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini
Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam
Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak
9 ulasan:
aduhai negeriku...:(
Salam..kalau boleh mintak tolong YB kumpulkan semua gambar dan video yg ada termasuk yb2 yg lain kita buat dokumentasi...tentang peristiwa DUN Perak ini. Sejarah ni.
Tidak memadai YB dengan taklimat sebegitu. Satu tindakan tegas dari PAKATAN perlu di buat keatas penghinaan terhadap Speaker DUN.
A strong condemnation and a demand if it is true that the State Sec was involved with the police in removing the speaker, then action must be taken.
Are you all going to remain mum and be satisfied when it is very clear with such despicable act by BN/UMNO, with blatant disregard of peoples' representative and the sanctity of the Dewan and the speaker's post.
Come on PAKATAN RAKYAT!!! real disappointment as though what had happened yesterday was just another day and giving briefing among the party leaderships is just good enough?. Rakyat want to see and to know what will you guys be doing for democracy to operate better in this country and in the future. Or is it PAKATAN is just helpless and hopeless. Tell the Rakyat now or otherwise the rakyat will think and it is the talk now as with or without opposition big or small their numbers, the truth is nothing you guys can do and as always the case will be out manuvered by the BN/UMNO.
Let remind YAB Nizar enough of this:
"Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanyatidak terkira, kurang ajar nya tetap santun,Jika menipu bersopan, bila mengampu pun lembut beralas, Melayu itu berani jika bersalah, Takut kerana benar".Usman Awang 1982.
YB bolih tukar perkataan Melayu kepada Muslim Malaysia. Maaf YB hati ini terlalu sedih!!!
YB,
YB seorang yang rajin dan amat komited dengan perjuangan. Berhati-hatilah, bukan sahaja dengan orang dari kem BN tetapi juga dari kem kita. Dalam jemaah nampaknya ada gerakan untuk meminggirkan ahli yang komited dan benar-benar boleh menyumbang kepada perjuangan Islam. Ada kempen dalam jemaah untuk menaikkan orang yang tidak berfungsi, seolah-olah orang kita sendiri tidak mahu jemaah kita maju dan kuat. Saya rasa kalahnya YB dalam pemilihan kawasan adalah sebahagian dari perancangan 'anai-anai' atau fraksi UMNO dalam PAS ini.
Berhati-hati YB! Semoga Allah melindungi semua yang ikhlas memperjuangkan agamanya dan menghancurkan semua musuh-musuh Islam, samaada yang jelas nyata mahupun yang menyamar.
ini kali ke2 saya menulis/menghantar komen. xperlu di publish.
lebih baik saudara remove gambar husam itu, memadai dgn wajah jernih saudara sahaja, lebih menunjukkan imej perjuangan pas.
Drs,Sampaikan salam pada AyahChik bila sampai di Rusila nanti.Teringat masa masa bujang dulu sebulan sekali mesti turun ke Terengganu utk mengikuti Kuliah Pagi Jumaat.Ambil bas dr KL lepas Maghrib naik Transnasional.Sampai Rusila sebelum Subuh.Balik semula ke KL lepas Isya Mlm sabtu.Beautiful memories. Nona Ratana Chulaborn
Tanpa nama di atas apa kaitan gambar YB husam dgn kisah ni..patut nya sedara bersedih dgn apa yang berlaku bukan nya menjalankan jarum jahat sedara untuk pecahkan umat..
Ya ALLAH satu kanlah hati hati kami..tabahkanlah hati sekelian perjuang pakatan rakyat..
Sememangnya kita patut bersedih dengan apa yang berlaku dan sememangnya ummah Islam sepatutnya bersatu. Malangnya ada di antara 'pejuang Islam' (walaupun nampak hebat) sekadar menyamar. Saya sendiri benci sekiranya jarum-jarum jahat berjalan untuk memecah-belahkan ummah tetapi saya rasa, ADAKALANYA, komen-komen seperti yang diberi oleh tanpa nama 8:27pm adalah berdasarkan maklumat tertentu. Kita marah dan keciwa apabila orang UMNO BN menganiayai kita, tetapi tiada kata yang dapat menggambarkan kemarahan dan kekeciwaan yang terasa apabila dapat tahu bahawa sebenarnya 'orang kita' sendiri, yang kita sanjung dan kita hormat, sebenarnya sekongkol dengan UMNO BN dan hanya menyamar. Sirah mengajar kita bahawa dalam perjuangan, kepura-puraan golongan munafiqlah yang telah mengakibatkan keruntuhan. Oleh itu, eloklah kita banyak-banyak bergantung kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran. Bersolat istikhorah untuk memilih pimpinan, bukan sekadar mendengar penilaian manusia. Kita manusia tidak nampak yang terselindung oleh itu mohonlah petunjuk dari Allah kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.
HARAP KEPADA SEMUA ORANG CINTA ISLAM SERTA PERJUANGAN POLITIK ISLAM MELALUI PAS TOLONG JANGAN LAGAKAN KEPIMPINAN PAS MEREKA TELAH DIUJI DAN TELAH MEMBUKTIKAN KAN KOMITMEN DAN ISTIQOMAH MEREKA PRO DAN ULAMA SEMUANYA NYA MENYUMBANG UTUK KEBANGKITAN ISLAM INI...JANGAN KITA PULA MENYUMBANG UTK MEMECAH BELAHKAN MEREKA.. WAIYAZUBILLAH...
Catat Ulasan