08 Mei 2009

Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak (Warga kilang)

Adam Yew
(Email diterbit tanpa edit)

Sekarang jam 10:50 mlm 30 April 2009. Tadi, lebih kurang jam 8:30 mlm selepas berkumpul lepas maghrib di Masjid Seb Jaya, P Pinang; bersama-sama dengan 3 orang sahabat dari NGO Wargakilang.com kami bertolak ke rumah Flat PPR Bagan Ajam, Butterworth.

Saya tak berapa tau sangat kisah keluarga yang kami nak ziarah ini, tapi 3 org rakan saya ini memang beria-ria sangat mengajak saya ke sana. Dalam perjalanan, saya tanya sahabat saya sdra Shukri (kilang Seagate) apa cerita keluarga ini? mcm mana boleh tau kisah depa ni?

Shukri habag, baru-baru ni dia tengah rush nak masuk bank, Maybank kat Seb Jaya nak masuk duit jual keta; waktu dia tengah dok kelam kabut tu, tiba-tiba ada sorang hamba Allah mai bagi salam kat dia, minta tolong.

Shukri tanya nak minta tolong apa?

Hamba Allah tu kata:

"Saya bukan nak minta duit bang, cuma....(dlm nada tersekat-sekat)..cuma...kalau boleh nak minta Abang tolong beli SUSU kat anak saya ini!!" (sambil dok tunjuk kat anak dia - pompuan 2 tahun setengah yg dia tengah dok dukung itu).

Sdra Shukri yg merupakan salah seorang AJK NGO Wargakilang, yg mana beliau sendiri merupakan antara yang paling aktif dlm kerja-kerja kemasyarakatan bersama NGO ini, terus jadi terkedu.

Dah beratus kali dah rasanya dia masuk kampong memberi bantuan kpd fakir miskin bersama-sama dengan rakan-rakannya drpd berbagai jenis kilang di belah utara ini, belum pernah lagi dia berjumpa dengan org-org susah yang sampai ke tahap terpaksa tahan orang di pintu masuk bank semata-mata nak minta orang tu tolong pi beli SUSU kat anak dia. Ini dah kira kes kronik ni.

Kata Shukri:
"Aku sedih sungguh, aku jadi terkejut, jadi tergamam tak tau nak buat apa"

Shukri suruh hamba Allah itu, namanya Roshidi tunggu sat bagi dia settle masuk duit kat bank dulu.. Habis settle dengan urusan bank, Shukri terus bawa sdra Roshidi ini dan anak pompuan dia tu, pi kedai beli susu dan beberapa barangan keperluan rumah, terus hantar depa balik dengan keta 4X4 dia tu.

Sdra Roshidi ni tak dak mutu tak keta, mai dengan BAS saja!

Seorang sahabat saya dlm keta tu, sdra Aznee dari kilang INTEL dah pun dengar kisah sadis ini drpd Shukri sendiri, jadi mlm tadi dia dah ready dah bawa mai beberapa tin Susu Dumex Dugro dan juga dua kampit beras 10 kg dan beberapa tin biskut serta makanan kering untuk keluarga sdra Roshidi ni.

Saya kata, tat pa lah, nanti sampai rumah dia kat Bagan Ajam tu, saya tanya lah dia sendiri apa kisahnya.

Bila dah sampai ke rumah tu, di tingkat 4 Flat PPR Bagan Ajam, bila dah masuk ke dalam, bila tengok dan jumpa sendiri sdra Rashidi dan anak perempuannya yang dua tahun 1/2 tu, dan adik2 sdra Rashidi termasuk seorang OKU yg ditanggungnya serta ibu yg yg sudah tua dan ayah tirinya yang mungkin cuma menanti hari, bila melihat suasana dalam rumah tu seperti tiada "roh" kehidupan di dalamnya, saya pandang Wahab dan Wahab pandang saya. Masing-masing tak tau nak kata apa.

Sdra Rashidi mengambil upah mencuci kontena, dapatlah sikit-sikit habuan makan minum, bayar sewa, api air dan belanja persekolahan adik-adiknya.
Masalahnya, Ujian hidup yg sedang dihadapi oleh beliau terlalu gawat - anak kecil yg perlu dijaga sedangkan isteri (? - sembunyi dlm bilik dikatakan beliau ada masalah "tekanan"), ibu tua yg tiada kerja dan ayah tiri yg tiada upaya, adik lelaki darjah 4 OKU, kemudian dibeban pula dengan adik pompuannya (Ibu Tinggal? yg nampak mcm ada masalah "tekanan") yg juga punya seorang anak kecil tinggal bersama. Daripada pandangan mata kasar, kami melihat hampir kesemua yg ada dlm rumah itu seolah-oleh sedang dihurung tekanan kecuali sdra Rashidi yang nampaknya begitu tenang menghadapi keadaan, mungkin kerana pegangan agama beliau agaknya.

Apabila diminta cerita kisah beliau bertemu dgn sdra Shukri secara tak sengaja di hadapan bank tempoh hari, sdra Rashidi habag kata hari tu di rumah beliau terputus bekalan. Beliau nekad bawa anak pompuannya tu, ambik bas nak pi cari duit sikit. Lajak pi bank - sebab katanya insyaallah ada sikit wang Advance Gaji drpd majikannya untuk belanja keperluan. Dalam pencarian itu, beliau turun SOLAT maghrib di masjid seb jaya. Dari situ beliau menumpang keta seorang hamba Allah turun di Maybank. Di situlah beliau ditakdirkan berjumpa dgn sdra Shukri.

On the way back, Shukri cerita:
"Aku bukannya apa, aku naik kesian kat anak dia tu, dia habag sebab tak dak duit nak beli susu dia pi beli minuman kotak jenis Ribina ka apa bagi anak dia minum. Tak sampai hati aku tengok budak kecik tu dok minum minuman kotak ganti SUSU!"

Entahlah, sdra Rashidi ni memang nampak sungguh segan dengan kedatangan kami itu sebab saya lihat secara AZALI nya beliau bukan jenis yg suka meminta-minta. Dia ada cakap kat saya mcm dia rasa terhina dan segan sungguh bila Ayah Tiri dia yg tua tu selalu saja jiran-jiran kat rumah flat tu tolong bagi makan. Dia kata, sebagai anak, apa pun terjadi, itu adalah tanggungjawab beliau untuk cara makan/minum ayah mak dan adik-adik serta anak beliau.

Saya kata tak payah seganlah, kita kena ingat bahawa apa yang berlaku malam ini semuanya sudah ditulis oleh ALLAH SWT dlm Loh Mahfuz sebelum kita ini semua lahir lagi. Saya kata, ini semua kerja Tuhan, Tuhan dah tulis dah bahawasanya pada malam ini jam 9:16 mlm 30 April 2009 akan ada 4 orang lelaki entah dari mana-mana yang beliau tak kenai, akan mai rumah dia bawa mai susu Dumex Dugro, beras 10kg 2 kampit dan serba sikit makanan untuk keperluan keluarganya.

Saya ulang kata, ini semua adalah kerja Tuhan. Rezeki ini dah ditulis dah atas nama beliau, tak perlu segan. Beliau nampaknya faham tapi nampak masih segan.

Waktu nak turun Lift, sdra Shukri cakap:

"Munir, hg tolong habag kat sapa-sapa yg teringin nak mai bagi sumbangan kat depa ini, jangan la mai waktu siang. Aku mai siang hari tu, bila jiran-jiran dok tengok, Rashidi tu nampak malu dan segan sungguh. Walau pun dia susah, tapi dia bukan jenis yg suka dok minta-minta. Yang dia minta kat aku di bank hari tu - yang itu kira paling teruk dah, sebab dia tak tau nak buat apa dah, anak tak dak SUSU nak makan, dia sanggup perjatuhkan maruah dia demi ANAK!!"

Maka dengan itu, kami mengharapkan, kalaulah ada mana-mana kawan di Pulau Pinang khususnya yang ada duit belanja dapur sedikit berlebihan, ada masa belilah susu Dumex Dugro setin dua dan juga brg2 asas seperti beras, gula, minyak, tepung dsg; cuba-cubalah pi jenguk keluarga daif ini di no A4-1-3 Flat Thambi Kecik, Bagan Ajam. Moga kerja buat kalian itu, memetik kata sdra Rashidi kpd kami tadi:

"Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mampu membalasnya"

Wallah hu aklam

moniermatdin
30.4.09

Adam Yew Abdullah

20 ulasan:

Cikli berkata...

salam,

eloknya bagi no akaun saudara tu untuk sesiapa nak bagi sumbangan atau zakat.

hamba berkata...

tlg bg akaun bank dia

Awanama berkata...

betul tu.tad de ker no akuan.kan senang sikit.Kesian, nak meleleh air mata.

Awanama berkata...

aku dah pun meleleh air mata ..dulu aku masa kecik2 susah jugak...sekarang ni alhamdulillah bolehlah syukur nikmat Allah ...bagi no akaun beb...ana dok kat selangor.

Kekacang berkata...

Alhamdulillah saudara Syukri masih ada keimanan, sekiranya tiada sudah pasti akan sanggup meragut atau mencuri.
Baca artikel mat rempit mat ragut dalam, Huraian http://kekacang.blogspot.com

Awanama berkata...

ada no. akaun tak? cerita ini menambahkan benci aku pada amno......

Awanama berkata...

tolong kasi account number CIMB atau Maybank berserta nama pemilik akaun.. nak sedekah/zakat sikit.. sedih aku dibuatnya...

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum.

Ada tak nombor akaun Rashidi tu.. boleh hulur sikit-sikit apa yang ada... wallahu'alam.

Awanama berkata...

tolong bagi no account .. please

Awanama berkata...

Aku pun ingin untuk membantu kalau ada no akaun tu boleh juga hulur, aku pernah terjadi macam itu tapi nasib baik kedai kat rumah aku beri hutang sekarang ini aku dah ok le sikit terima kasih lagi aku ucapkan pada pekedai yang utang dulu.

Awanama berkata...

Bila baca ni sebenarnya kembalikan rasa syukur saya kepada Allah. Saya jugak susah, tapi takla sampai tak da makanan. Penat cari duit, tapi tak lah seteruk sahabat ni cari rezeki. Mudah2an Allah mudahkan urusan beliau. Bagi yang ada rezeki lebih, jangan kedekut. Ntah satu hari nanti Allah nak uji kita, mana kita nak tau. Namun kita doa klulah Allah tetap nak uji kita, mudah2an ujian tersebut mampu kita harungi. Na'uzubillah min zalik.

gelong gajah berkata...

Salam...setiap kali terbaca kisah kehidupan di bloq warga kilang air mata dan tangisan pasti berlaku pada saya...kerana kisah hidup saya dulu juga amat susah hingga pernah tingal tepong gandum dan garam di rumah...pernah tak makan nasi tiga empat hari..anak dan isteri mampu bertahan..kenderaan di lelong..namun nak buka mulut untuk meminta tidak terdaya walaupun kpda kawan baik sendiri dan saudara mara...aku amat faham situasi sahabat kita ini..jika bekalan makanan boleh terputus ...mmg suatu yang amat memilukan pada saudara kita ini..Ya ALAH ampun kan segala kesalahan kami..murahkan rezeki kami..tolong beri kan no akaun sedara kita ni kurang2 dapat juga menyumbang..terima kasih sedara moniermatdin dan sekelain warga kilang..
P/S..
Bukan nak memuji munkin kebetulan..sedara saya di klang nama nya pun munir..pemurah amat amat sejak remaja hingga dah berusia.. pernah batery lori dia di curi depan mata..kawan lain pulun hambat nak lepuk..tup tup mai kat dia..tak pa la batery tu pun dia dah lama pakai..ambil la kata nya..sanggup dia bagi kat pencuri tu.. kmdian dia pi beli lagi satu betery baru..tak lama lepas tu dgn lori serta barangan berniaga pun kna curi..hilang seminggu..last ada orang jumpa lori dia dalam hutan..tunggu masa nak do potong2..rezeki nya murah..anak2 berjaya..semua jadi pemurah macm dia..
agak nya orang bernama monier ni mmg pemurah..terimakasih moniermatdin mga anda di rahmati Allah..

Awanama berkata...

menangis aku baca, kesian sungguh, terus teringat kat anak

cencurut berkata...

Bhai.... bak sini no akaun bank....

Awanama berkata...

From: moniermatdin@yahoo.com


Salam~

Membaca artikel yg dikirimkan oleh sdra Fairul Hasnizam di bawah ini yg memuatkan hadith (HR Muslim] kisah hamba Allah memberi sedekah kpd pelacur, orang kaya dan pencuri ini, yg kemudiannya dicatat sbg amalan yang berkekalan untuknya di kemudian hari, membuatkan saya jadi teruja dan rasa bersemangat serta bernafas semula untuk meneruskan xtvt kerja amal bersama rakan-rakan di NGO Wargakilang ini.

Saya tidak mahu mengulang-ungkit kisah sdra Rashidi lagi, kalau boleh saya ingin hentikan saja kisahnya senyap dan habis begitu saja, tetapi apabila membaca artikel "Jangan Berfikir Untuk Bersedekah" ini, saya terpanggil untuk menghabiskan sisa-sisa kisah sadis sdra Rashidi ini dengan memuatkan dua SMS beliau yg saya terima secara tiba-tiba di subuh hening tadi pagi.

SMS beliau berbunyi:

"Assalamualaikum abang, adakah abang mrah pd sy setelah abg tahu tetang diri sy yg sebenar dalam kuaga sy sulong, adik2 sy semua lurus bendol dan takpandai.. apa yg sy buat utk maruah ibu dan adik sy dulu sy amat dihina oleh org kerana ibu dan sy hidup tak tentu arah sebab umur 3 tahun bapa sy mati ibu sy dapat suami baru kaki mabuk. semua adik2 yg ada skrg semua tiri tapi sy abang yg sulong kena terima ujian Allah pd diri sy yg hina ini. cerita sy belum tamat. dengan nama Allah sy cakap benar kalau abg nak tau kisah hidup hamba allah ini kita jumpa, itu pun kalau abang nak binbing kehidup sy biar manusia hina tapi doa sy Allah SWT sayang hambanya yg hidup derita dari kanak2 lagi. maaf sy kalau gagu abg assalamualaikum"

Saya pun tak tau nak komen apa. Cumanya saya ingat lagi bulan ramadan yg lepas bila mana ada satu Surau tu jemput saya bagi tazkirah ramadan (dlm list yg bagi tazkirah saban mlm tu semua nama mula dgn USTAZ, saya aja depa tulis sebagai "ENCIK"). Saya tanya depa nak bagi tazkirah apa, depa suruh cerita kisah org miskin - ya lah sesuai dgn musim puasa, musim kita menahan lapar dan dahaga.

Antara ingat, saya rasa banyak benda dan kisah org2 miskin yg saya cerita, tapi yang saya nak kongsi di sini ialah satu point tu yg saya rasa valid sepanjang masa. Saya cakap:

"Tuan-tuan dan puan-puan, org alim ada kata syurga tu ada banyak pintu-pintunya. Nanti, ada org akan masuk ikut pintu solat (yg solat x tinggal kusyuk dan smpurna), ada yg akan masuk ikut pintu posa (posa wajib dan sunat yg diterima), ada yg masuk ikut pintu jihad (sabilillah) , ada yg masuk ikut pintu zakat, dan ada pulak yg akan masuk ikut pintu SEDEKAH, dll"

Maksud kata, kita ni kadang kala solat pun x sempurna mana, posa pun tak seberapa, jihad lagi lah; lalu kalau kita boleh pulun tang sedekah, insyaallah kalau ikhlas, kalau kena caranya, mudah-mudahan dgn izin Allah boleh masuk syurga ikut pintu sedekah tu.

Maka itu, seperti yg diceritakan dlm artikel di bawah; bersedekahlah kita tak kira siapa, tak kira pelacur, x kira org kaya, x kira pencuri dan tambahan lah pulak org mcm sdra Roshidi dlm kisah sadis kita ini.

sekian moga ada manafaatnya.
moniermatdin@ yahoo.com
8.5.09

RE: [warga_kilang] Kisah Rashidi: Penutup
"fairul hasnizam mustaffa"

Salam Jumaat,

Suumber: http://www.fitrahpo wer.com/wasiat- rasul/jangan- berfikir- untuk-bersedekah

Oleh Fitrah Power (Ustaz Shukri Yusoff - moderatot HalaqahTV9)

Jangan Berfikir Untuk Bersedekah

Assalamualaikum wbt kepada semua Sahabat Fitrah. Semoga berada di bawah naungan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini jelas sekali kepada kita bahawa sedekah kita tetap diterima oleh Allah seandainya ada keikhlasan di atas apa yang disedekahkan oleh kita. Sesiapa pun yang menerima sedekah kita tidak menjadi masalah, walaupun mungkin pada pandangan nilaian mata manusia sedekah yang kita lakukan berlaku di luar adat manusia. Tetapi bila kita membaca mafhum hadis ini jelas sekali apabila kita timbul niat untuk bersedekah, maka jangan kita berfikir panjang kepada siapa dan berapakah jumlahnya yang akan kita keluarkan untuk bersedekah.

Lelaki yang disebut di dalam hadis ini tidak menghiraukan apa jua perkataan yang keluar walaupun sedekah yang dikeluarkan tidak menepati nilaian mata manusia, namun apa yang lebih penting ialah nilaian amal kebajikan di sisi Allah SWT.

Jadilah golongan yang memberi kerana kedudukannya jauh lebih mulia berbanding mereka yang menerima. Allah SWT amat memuliakan golongan yang memberi ini, tetapi seandainya mereka memberi tetapi dalam keadaan si penerima tidak redha dan merasa benci dengan pemberian dan sedekahnya kerana wujud kejian dan kata-kata yang tidak baik, maka adakah ianya mendapat rahmat di sisi Allah? Mudah-mudahan amal baik kita ini diterima oleh Allah SWT.

--- On Thu, 5/7/09, Wahab

From: Wahab
Subject: RE: [warga_kilang] Kisah Rashidi: Penutup


Assalamualaikum Munir dan sahabat yg lain.

Alhamdullilah, buat sementara waktu ni, kita pendingkan kisah En.Rashidi sekejap, dari rumusan yg saya dpt semalam, nampaknya ada sedikit salah faham antara keluarga Cik ina dan En.Rashidi jadi wajarlah kita semua tidak mencampuri urusan tersebut.

Tiada cacat celanya dgn urusan yg telah dibuat, kita hanya menjalankan amanah orang dan kita telah sempurnakan, yg menjalankan kaki kita utk urusan sebegini tetap dari yg maha esa, samalah juga dengan urusan kita bernafas setiap hari adalah tetap dengan izin dari NYA.

Utk sahabat sahabat WK semua, terima kasih yg tak terhingga diucapkan, terima kasih kerana menyokong tanpa berbelah bagi, Andaikata disuatu hari nanti kami semua telah tiada diatas muka bumi ini teruskanlah usaha murni ini tanpa menoleh kebelakang, lakukan segala urusan ini dengan rela hati dan juga seikhlas hati, mudah mudahan apa yg telah dilakukan diberikan ganjaran seadanya.

Baiknya urusan sebegini adalah bilamana kita perlukan bantuan ketika mana tiada bantuan maka bertawasul lah memohon pertolongan atau meminjam dahulu atas pahala yg telah diperolehi dari urusan urusan baik yg telah dilakukan.

Wassalam.
Wahab

From: Wahab
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Isu En.Rasidi adalah isu biasa, Kalau kita letakkan negatif maka jawapan dia tentulah negatif, sekiranya kita positif isu ini akan lebih mudah dan tarak besaq mana pun.

Utk pengetahuan, keluarga mereka penerima bantuan bulanan
Pej Zakat Penang RM200
JKM : OKU RM75
Total RM 275

Xkan lah pusat zakat dan JKM nak bagi cam tu sahaja, tentulah melalui proses temuduga dan sebagainya, rumah yg kita pergi tak dak almari lansung, pakaian berlungguk sana sini, bau yg membingitkan hidung, apa yg kita lihat itulah yg kita tulis, lagipun kita bawakan makanan utk sekeluarga dan bolehlah bertahan sebulan cam tu.

Kalau lah betulnya, En.Rashidi bersalah pada masyarakat setempat, kena bangun seorang daripada semuanya atas fardu kifayah utk membetulnya dan bukanlah dengan cara menampal sana dan sini boleh menyelesaikan masalah.

Jangankan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, jln terbaik utk perkara ini adalah dgn duduk muzakarah dan carikan jalan penyelesaian bersama.

Be positive.
Wahab.

From: Mahizar
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

salam,
Saya setujulah kalu bagi kes ni kpd pihak Pejabat Zakat ka/ JKM / Talian Nur 15999 / Pusat Khidmat ADUN. Setidaknya jika dia terima bantuan dari pihak tersebut; legalah sikit perasaan semua pembayar zakat & cukai pendapatan, harap ni pon dapat legakan kekecohan di kawasan tersebut.

Kalu ada kekawan yang boleh dpatkan details / pergi bawa Mr Rashidi tu ke pejabat2 tersebut adalah lebih baik.

Mr Rashidi tu berubah & tahu kisah penagihan dia diketahui umum sbb tulah dia minta dibelikan susu kepada si kecil tu. Kalu nak buat sumbangan utk kelangsungan bekalan susu si kecil & nasi sepinggan harap diteruskan. Penyelaras WK kan ada.... Mr Wahab.

Jangan patah semangat kekawan utk buat sedekah.... jangan reka cerita percintaan yang bukan2.

From: AM Azham
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Tu dia aihhh. Sampai tahap tu org tu buat. Apa tujuan dia? Apa motif dia? Dia tu dulu syok kat rashidi ka tapi rashidi buat tak tau je sampai dia dok taram kat rashidi???

Adoi... dunia.. dunia.. manusia... manusia...

Tak patut betoi la dok buat camtu kan. Dok aniaya org. Dah la tu, tindakan dia buat camtu secara tak langsung blh jatuhkan nama baik & imej WK.

En Shukri... Pasai kes rashidi ni apa kata nasihat kat dia suruh pi jumpa JKM ka atau wakil rakyat situ ka. Suruh dia buat laporan ka atau isi borang ka. At least nanti JKM atau wakil rakyat blh buat siasatan dan mungkin blh bantuan sewajarnya kat dia sekeluarga. Rasa2nya yg tu saja kot kita mampu buat pada saat ni.

____________ _________ _________ _________ _
From: Fakhariah Ghani Wee
Subject: RE: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Pada pandangan saya tindakan Cik Ina tu agak melampau kerana penipuan yg dilakukan oleh saudara Rashidi tu bukanlah penipuan utk kepentingan diri sendiri. Meskipun geng WK dah kena tipu ke apa .. apa yg mereka lakukan ialah menolong sesama saudara Islam. Rasa tak salah kalau kita nak membantu dari membiarkan mereka mencuri dan memberi makan keluarga hasil dari mencuri. Kita seharusnya berperangsaka baik dengan orang dan jika org itu mahu menipu sekalipun, bukan menjadi tanggung jawab kita untuk memburuk2kan sedara kita sendiri. Tak baik Cik Ina buat macam tu. Mungkin hari ni hari dia... mana tau esok lusa hari kita pulak??

Ni pendapat saja.. mintak maaf la kalau ada yg terasa.

____________ _________ _________ _________ _
From: Mohd Shukri Mohamed Talib
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Salam semua,

Kes ni dah jadi big issue kat Bagan Ajam
Cik Ina tu dah tampal email kita dan juga gambar yg monier ambik tu dekat seluruh flat tu
Rashidi sms aku dia takut nanti jadi apa2 kat dia sebab org dah mula marah dia kata dia penipu
So dia minta tolong if anything happen, tlg tgk family dia
Itu je dia minta tolong

so apa pandangan kawan2 semua
aku dah pening pk

From: AM Azham
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Diharap agar sahabat2 WK tak berputus asa, tak mkn hati, tak rasa kecewa dgn apa yg diperkatakan bila mana timbulnya isu 'penipuan' ni. Membantu sesama saudara Islam adalah tanggungjawab kita semua. Tindakan WK utk hulurkan bantuan kpd keluarga tersebut adalah tepat!!! Sekurang-kurangnya keluarga tersebut tak putus bekalan makanan dlm tempoh terdekat ni.

Buat Abg Monier, teruskan menulis!!! Moga lepaih ni makin ramai terbuka hati utk buat aktiviti mcm ni secara sukarela. Utk pengetahuan semua, tertubuhnya ProKeMM ( http://prokemm. fotopages. com ) juga adalah kesan drpd email2 program amal WK dahulu.

Teruskan perjuangan. Teruskan usaha. Teruskan semangat SUKARELAWAN dgn seikhlas hati.

____________ _________ _________ _________ _
From: "Othman, Aznee"
Subject: RE: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Betul kata wahab…………kalau hang mengaku kalah, hang boleh imagine orang-orang macam aku ni yg lagi senang give-up……….manusia senang berkata………tapi rasanya sapa yg kenai wahab ngan monier ni tau the amount of effort that they put in………..pendek kata, kalau pikiaq nak jadi kaya or mengaku sibuk………..dah lama dah depa boleh bagi excuse………..sapa betui atau salah dalam cerita……… I really dun care……..sebab rasanya sahabat saya ni ikhlas……… lagi satu, kalau betui la citer ni citer dongeng sekali pun………. Cara anak kecik tu tengok shukri or the way that little girl hug me……. I think that is pure……. Anak itu deserve some relief………

From: Wahab
Subject: RE: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Saudara ku Munir.

Kita jgn cepat mengaku kalah, kalau kita lemah dan kalah orang orang yg
selama ini menyokong dibelakang kita akan turut lemah dan kalah, berbalik
kepada tujuan asal penubuhan kelab amal adalah utk membentuk Awareness
kepada yg lain nya, dlm perkara sebegini mungkin ujian kepada perkara baik
yg dilakukan, mana boleh kita sentiasa dapat prestasi cemerlang, diujinya
sesuatu perkara, mungkin utk mematangkan kita semua atau mungkin juga dgn
perkara sebegini diangkatnya kita utk memperbetulkan keadaan dan sebagainya
dan juga mungkin adanya rahsia yg tersembunyi yg hendak diberitahu atau
perlu dirungkaikan.

Kita tak perlu gusar dgn perkara ini, sabda Nabi junjungan, "apabila
datangnya sesuatu perkara, eloklah disiasat dahulu, jgn lah nanti perkara
tersebut menjadi perkara fitnah" serta bersangka baik lah selalu.

Saya difahamkan, e-mail yg dihantar telah diprint dan dilekatkan diflat
tersebut, kewajaran tersebut mungkin boleh mengaibkan orang yg dimaksudkan,
didalam islam kita tidak digalakkan menjatuhkan aib orang dan kepada
sipelaku saya nasihatkan utk tidak meneruskan hajat tersebut, dan fahamlah
oleh kita apabila kita mengaibkan orang lain dikhalayak ramai maka tunggulah
disuatu hari nanti Allah swt akan mangaibkan kita dengan cara yg sama
mungkin masa dan hari sahaja yg berbeza.

Saudara ku Munir.
Kita buat spt mana kebiasaan yg kita lakukan, ada masa dan kelapangan kita
buat dan tak tertakluk kepada mana mana pihak atau arahan dan kita semua
lakukan adalah kerana Allah Swt.

From: Mohd. Monier
Subject: RE: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Entah…aku rasa mcm nak stop menulis dah…leceh betoi lah..
Lebi baik kita stick dgn cara biasa kita, go thru cikgu sekolah or kwn2 kat
kampong sana nu.

____________ _________ _________ _________ _
From: Warikh
Subject: Re: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!! (betoi ka???)

Wahab, Munir,
Buat masa ni tolong jgn terima apa-apa bantuan utk keluarga Rashidi. Aku
baru cakap dgn Ina kat bawah tu so banyaklah benda yg dia cerita cuma kita
tak boleh nak dengar satu pihak.

Apa yg kita buat sebelum ni bagi bantuan kat keluarga Rashidi adalah
tindakan yg betul so tak perlu rasa ralat.. Kena maki hamun, kena jerkah,
kena tipu adalah benda biasa dlm kerja amal ni.. Cuma si-penulis tu tak perlu

gelojoh meletak tajuk PENIPUAN pada email dia kerana dia mungkin memberi
maksud yg lain. Malahan dia sepatutunya menghubungi kita dan menjelaskan
benda sebenarnya untuk kita sama-sama mengambil langkah susulan yg
sewajarnya termasuk menyaisat dgn lebih lanjut.

Soalan disini andaikata Rashidi tu memang penipu, apa akan terjadi pada bapa
tiri yg tua dan adik-adik yg masih kecil? Takkan nak berpeluk tubuh.

-warikh-

____________ _________ _________ _________ _
From: moniermatdin@ yahoo.com
Subject: [warga_kilang] RE: PENIPUAN!!!! !!!

I have no komen, kalau x nak bantu rashidi pun tat pa, tapi kesian kat mak,
ayah tiri dan adik-adik dia tu. Tak payah bagi duit, pi bagi beras dan
makanan pun okey dah. Kami mungkin ditipu (kiranya benar kami ditipu),
biaqlah Allah SWT yg menentukan.

Sebab tu kat penghujung tulisan, saya suruh pi sendiri.

Macam nilah asam garam buat kerja amal..

Wsl
p.s: mlm tadi geng Sony ada pi rasanya, nanti saya cek dgn depa.

____________ _________ _________ _________ _
From: Harun, Mdshahril
Subject: FW: PENIPUAN!!!! !!!

FYI
Tak tau sejauh mana kebenaran cerita ni....

wsl
Shahril
____________ _________ _________ _________ _
From: Sent: Wednesday, May 06, 2009 8:34 AM
To: Subject: FW: PENIPUAN!!!! !!!

Untuk lebih lanjut….

Ni no fone kakak yg bg information. klu nak tau lebih lanjut,bleh tipon kat
dia (017-4931136) .INA..
____________ _________ _________ _________ _

Sent: Wednesday, May 06, 2009 6:32 AM
To:
Subject: RE: [warga_kilang] Di Celah-Celah Kesibukan Kilang: Demi Anak

3 orang wargakilang telah ditipu oleh seorang lelaki yang bernama
rashidi,yang berumur dalam lingkungan 30 an.Lelaki berkenaan telah
mengadakan cerita yang kononnya belia seorang yang daif tetapi sebaliknya
tidak.Rasyidi mendakwa dirinya seorang yang bertanggungjawab dengan menyara
semua keluarganya termasuk seorang adik yang kurang upaya.sebaliknya ibu dan adik kandung nya bekerja disebuah perindustrian makanan segera dikampung Perlis Butterworth. Rasyidi juga mendakwa dirinya telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun setengah.walhal kanak2 itu adalah anak saudara beliau.

Beliau juga merupakan seorang seorang penagih dadah yang sengaja mengadakan
cerita tersebut bagi meraih simpati orang ramai.Aktiviti tersebut telah lama diketahui oleh jiran-jirannya sehingga penduduk disitu tidak mahu
menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga beliau.(Rashidi)

Mastura berkata...

Masya-Allah...

Awanama berkata...

wahai saudara seagamaku,
marilah kita membantu saudara seagama kita ini.
"bertolong-tolonglah pd perkebaikan& KETAKWAAN jgn membantu dlm perkara2 maksiat&permusuhan"

Awanama berkata...

Salam, Saya rasa patut cek betul2 kes Rashidi ini, sebab kebetulan saya di MAsjid Pinang Tunggal tadi ( 21/5/09), dia kata dia belum kahwin, tapi kad OKU adiknya, surat tak bayar sewa rumah dsb ada ditunjukkan. Memang dia ada bawa anak saudara 2 1/2 tahun. Mungkin ada penipuan atau betul2. Kalau betul kesian diA, kalau kita tertipu kesian kita.

Siapa yang boleh bagi penyelesaian.

Awanama berkata...

Ya, tolong carikan/berikan maklumat saudara Rashidi secara terperinci dan benar. Bukan tak boleh tolong, tapi zaman ni memang banyak kes tipu. Cuma nak berhati-hati saja. Kalau benar beliau dalam kesusahan, maka kita boleh tolong sumbangkan apa yang kita mampu kepada beliau.

Awanama berkata...

Mana peginya pihak yang bertanggungjawab seperti Lembaga Zakat Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain2 NGO di malaysia ni....kalau pasal negara lain ada masalah seperti kebuluran laju je nak pergi bantu, kalau rakyat malaysia sendiri di abaikan..apa cerita ni..baru baru ni kita dikejutkan dengan org islam mendapatkan bantuan dari gereja..x kan dah jadi macam tu baru semua orang nak ambik tahu.. tapi untuk menolong keluarga tersebut perlulah diberikan maklumat saudara Rashidi secara terperinci dan benar. Bukan tak boleh tolong, tapi zaman ni memang banyak kes tipu. Cuma nak berhati-hati saja. Kalau benar beliau dalam kesusahan, maka kita boleh tolong sumbangkan apa yang kita mampu kepada beliau..Hanya ALLAH SWT sahajalah yang mengetahui segalanya dan mampu membalasnya...InsyaAllah....