19 Mei 2009

Nizar mohon kesnya didengar lima hakim Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3


Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Mstar.

9 ulasan:

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

MAHKAMAH YG PALING ADIL ADALAH MAHKAMAH ALLAH TAALA. SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA BERSAMA ORG YG SABAR

Manickam Nadeson berkata...

It's going to be a great day for our great hero Datu Seri Nizar and it will be a second victory in two weeks.I just don't know where Zamry is going to place his face.

Tanpa Nama berkata...

Ayuh kita lawan tetap lawan... Jangan mengalah kepada yang mungkar. Allahu Akhbar..

rausyah berkata...

salam YB..
tahniah krn begitu tekun dan usaha dlm menyampaikan mesej kpd rakyat...saban hari YB meng'update' blog...saya kagum dgn YB dan sebab tu ler rasanya usaha YB semasa menguruskan pejabat niaga utk rakyat milik kerajaan kelantan di Guangzhou dulu menampakkan sinar kejayaan.
tahniah

Putra IJ80 berkata...

"Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu"

Sebenarnya jika tidak kerana alasan tersebut, DUN perak berkemungkinan telah di bubarkan,seperti yang di uar uarkan, baru baru ini.

Bila ada kes penangguhan sedemikian , ia menghalang dari DUN di bubarkan, kerana di khuatiri bertentangan dgn keputusan yg.bakal di putuskan ole Mahkamah Perseketuan.

Kita tunggu apa keputusan ,usaha D.S Nizar mendapatkan lima hakim mendengar kes rayuan nya,ada lah satu tindakan yang bertepatan.

Walaupun begitu jangan lah kita menaruh harapan yang tinggi.,di sebabkan sejarah telah banyak mengajar kita akibat daripada nya.

Tanpa Nama berkata...

KEBENARAN AKAN MENGATASI KEBATILAN. MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN.INSYALLAH KEBENARAN AKAN MENYINARI NEGERI PERAK. KESABARAN AKAN MENINGKATKAN DARJAT KITA DISISI ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

all the BN representative should shame of their self..it was really embarrassing to all of their cabinet member.it shown their capability really suck and they as government who lead the country should give the best to all the citizen.Hopefully Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin will strong with all this and allah will help those who in the right way.Insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Jangan mohon dengan mahkamah. Mohon dengan Najib, pasti diluluskan. Mahkamah tidak ada kuasa......

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT berkata...

teruskan menegakkan yg haq dan hancurkan yg bathil...aku sudah cukup puas hati kerana apa yg nizar perjuangkan selama 3 bulan menampakkan dan menempatkan nizar dari kalangan org yg benar...takbir...takbir...takbir...marilah bersama2 kita membesarkan Allah...