27 Ogos 2010

Kesal Mahathir ugut Melayu

16 Ramadhan 1431 H
http:idrisahmad.wordpress.com

PAS kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir mengugut melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan melayu jika terus berpecah.PAS berpandangan Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini. Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat kalau umno kalah yang menangnya ialah PAS.

Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno. Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham.

Tun Masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung umno sahaja. Seolah-olah selain daripada umno, melayu tidak boleh bersatu. Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tatanegara.

Dulu pemimpin umno sering mendakwa bahawa selain daripada umno memerintah tidak akan maju. Hujah ini sudah lapok, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang melayu di pendalaman.

Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meretokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan Pegawai Persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.

Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada melayu semasa beliau berkuasa. Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang melayu mesti bersatu dengan umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara.

Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: