16 Ramadhan 1431 H
Kabinet hari ini meluluskan rancangan kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan supaya kawasan Lembah Lenggong di Perak dijadikan tapak warisan dunia selepas Georgetown dan Melaka.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata Malaysia akan mengemukakan laporan dan cadangan kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tapak warisan.
"Kabinet telah meluluskan rancangan kementerian ini untuk menjadikan Lembah Lenggong sebahagian tapak warisan dunia bagi dikaji oleh Unesco dan diiktiraf sebagai tapak sejarah dan tapak yang penting dari segi warisan Malaysia sendiri.
"Sekiranya Unesco bersetuju, kita akan beroleh satu tapak lagi di mana zaman paleolitik, neolitik dan gangsa dapat disatukan sejarahnya dan juga artifaknya di Malaysia," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Rais berkata, penemuan rangka manusia purba “Perak Man” di kawasan Lembah Lenggong adalah antara faktor yang akan menarik perhatian Unesco untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.
"Kita akan mendapat satu tambahan daya tarikan kepada Malaysia selain menunjukkan tamadun di Malaysia sudah berkembang dan kemanusiaannya diterima sebagai fakta sejarah.
"Yang ini baru dicadangkan kepada Unesco...yang di Melaka dan Pulau Pinang sudah diterima. Jadi ini aspeknya sama tahap dengan Lembah Bujang, Kedah, tetapi di Kedah, isiannya berbeza, yang itu mengandungi artifak-artifak tamadun, tetapi di Lembah Lenggong, kita dapati artifak rangka manusia itu sendiri yang usianya sekitar 10,000 hingga 11,000 tahun yang lampau.
"Bukan itu saja, di Lenggong kita dapati beberapa tapak yang mungkin dapat menonjolkan tamadun lama dan sebab itu kita memohon kepada Unesco untuk mengiktiraf kawasan ini sebagai kawasan warisan dunia, yang boleh dijadikan sebagai aspek penceritaan sejarah dan aspek penceritaan warisan," katanya.
Ditanya berapa tempoh masa untuk Unesco memberikan jawapan terhadap cadangan Malaysia itu, Rais berkata, keputusan berkemungkinan selepas satu tahun.
"Tetapi gerak kerja itu dilangsungkan sekarang sampailah dalam tempoh 10 hingga 11 bulan dan laporan itu akan diteliti oleh pakar-pakar dunia yang berpusat di Paris.
"Mereka akan buat keputusan sama ada persembahan kita menurut fakta sejarah atau keunikan aspek sejarah dan peninggalan arkeologi dapat dirumus sebagai tanda-tanda tamadun yang harus dikekalkan dan harus dipulihara," katanya.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan