21 Ogos 2010

Mujahid : Kontroversi Khutbah Hanya Rekaan Umno

11 Ramadhan 1431H.

PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya dalam satu kenyataa yang disiarkan dalam mStar Online hari ini.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya.

8 ulasan:

Puteri berkata...

mohon izin untuk copy entry ini.

Tanpa Nama berkata...

hanya allah yang mengetahui
semoga allah akan menunjukkan kebenaran dengan segera bagi mengisafkan insan yang melakukan n mengarahkan perbuatan ni , tambahan pula didalam bulan ramadan yang mulia ini

Tanpa Nama berkata...

Tak ada kah tindakan dari segi undang-undang yang boleh diambil terhadap penyebar fitnah ini? Mungkin perlu bermula dengan laporan Polis?

Tanpa Nama berkata...

UMNO mencipta fitnah macam kain rentang, kes liwat anwar, teoh bunuh diri, felda, petronas, tabung haji, kwsp tak hilang wang

Tanpa Nama berkata...

Tak baca doa untuk YD Agong dan YD Negeri tetapi membaca doa supaya Lim Guan Eng diberi hidayah, bukan bermakna Lim Guan Eng nak ganti Agong. Kerana itu adalah doa, dan di dalam doa telah mendoakan kesejahteraan muslimin dan muslimat, di mana YD Agong dan YD Negeri adalah seorang muslimin. Malahan di dalam adab berdoa tidak disyaratkan pun mesti didoakan kepada ketua negara secara khusus, malah setahu saya tidak termaktub pun di dalam perlembagaan akta berkaitan doa.

Namun yang mewawarkan diri sebagai First Lady sampai sanggup bayar wang publisiti di luar negera, ini adalah penderhakaan secara terbuka, malah si pelaku tidak menunjuk pun tanda kesal dengan perbuatannya. Sedia maklum bahawa jawatan 'Wanita Pertama' telah termaktub di dalam perlembagaan milik Raja Permaisuri Agong. Jadi kenapa UMNO tak mahu buat laporan polis atas pencabulan perlembagaan yang 'crystal clear' ini?

Tanpa Nama berkata...

Sampai sekarang takde report polis dari makmum (nampak sgt Zahid PEMBOHONG), penangkapan khatib atau Guan Eng & Pendakwaan... Ish isu Agong ni jangan wat main2, selalunya polis cepat bertindak atas maklumat, . Tunku Mizan tak kata pape pun, ini SAH MAINAN & CERITA DONGGENG UMNO. Zahid bodoh & penakut, specifik la masjid mana bila bercakap... teloq takde ke?

Saya sarankan Guan Eng saman Zahid, Utusan, TV3 atas dasar membuat & menyebarkan fitnah, berniat menjatuhkan reputasi individu, memainkan sentimen perkauman & nama Tunku Mizan.

Tanpa Nama berkata...

UMNO kategori BANGANG yang cukup kritikal. Pak Arab depa kenal..bahasa arab depa tak kenal.
UMNO tak reti bahasa arab..sibuk jaja cerita bodoh pada rakyat..
Samalah macam UMNO lantik Menteri Besar tak reti bahasa Inggeris..kena tangkap kat Australia kerana nak seludup duit...Bangang punya UMNO

Tanpa Nama berkata...

jangan layan cerita bodoh yang dicipta umno/bn.Habis satu isu, timbul pula isu lain...umno/bn ada pasukan pemikir untuk mencipta isu bagi menimbulkan persepsi buruk terhadap PR Pulau Pinang...