21 Ogos 2010

RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?

10 Ramadhan 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan.

Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan.

Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya.

Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu.

Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana sayangkan pangkat & pendapatan lumayan yang diberi oleh UMNO, Ustaz sanggup jadi baruah UMNO. Ustaz sedar tak, rakyat Malaysia khususnya org Melayu org Islam teraniaya dek pimpinan & peraturan2 BN selama memerintah ini. Walaupun saya hidup & mengenal politik dari era Mahathir, Musa hitam, tunku razali, pak lah & sekarang najib tp saya tak buta sejarah. Jika dulu org melayu dpt biasiswa JPA tp sekarang dah kn bayar tax PTPTN, Kalau dulu petrol RM1.05 tp sekarang RM2.10, Kalau dulu sultan disanjung tinggi tp sekarang sultan tak berkuasa, Kalau dulu tol balik JB RM24 tp sekarang RM41, Kalau dulu gula pasir RM0.90 tp sekarang RM1.90. Buta ke Ustaz? Buta ke masyarakat yang saya gelar bapa2, ibu2? Selama mana beras sekampet, hamper2 hari raya, kain batik, kain pelekat, duit raya, rombongan UMNO dapat mengaburi mata anda semua sehingga hak2 anak2 & cucu2 kalian sedikit demi sedikit terhakis dek kerakusan pemimpin UMNO.

Saya akui saya baru 2 kali mengundi selepas keluar dari Gerbang Universiti, demi masa depan anak2 saya & generasi saya, saya tidak akan sesekali menyokong malah mengundi pengkhianat & perompak harta negara.

Bangkitlah rakyat Malaysia, bangun dari mimpi, kembalikan hak anda, hak anak2 anda & generasi2 anda, jangan nanti bila tiba wawasan 2020 kita hilang segala2nya.

PEWARIS NEGARA

Tanpa Nama berkata...

Ridhuan Tee ampu umNO..nak try jadi setpol menteri la tu...punya la bodek umNO...Kalau ia pun nak jadi barua UMNO..jangan cakap sampai diri sendiri nampak pening dan tengin.

Tanpa Nama berkata...

Apa la lu ustaz Ridhuan. Wa betul respek sama lu dulu..suka dengar lu punya syarahan agama..tapi sekarang wa tengok lu dah nampak macam..mangkok ayon pun ada..Lu mau jadi macam Ustazah Mashitah juga kut..target jadi menteri ka??? mangkok punya orang...

Tanpa Nama berkata...

Asslamualaikum...

Sayang sekali.... sepatutnya para pendakwah bebas kita janganlah terikut rentak politik, tak kiralah mana-mana parti pun kerana itu akan membantu mengekalkan imej anda sebagai ilmuan. Sekali anda memberikan statement yang menyebelahi mana-mana parti maka akan bermulakan titik anda untuk tidak di segani.

Lihat saja ilmuan/pendakwah yang sedikit masa dilu disegani, tetapi bila mula ikut rentak politik... mereka tidak menjadi rujukan umum lagi.

Alangkah ruginya ilmu didada...

Apatah lagi jika "ketokohan politik" mereka dikenalpasti oleh parti yang "disokong"nya. maka akan datanglah pelawaan untuk menggarap "bakat" yang sedia ada itu. kalau parti yang berkenaan benar-benar memperjuang islam maka alhamdulillah. tapi kalau sebaliknya...

Salam Ramadhan.

Tanpa Nama berkata...

Macam Senator Dato Mashitah ~ boleh melacur untuk mencari rezeki. Apa Malaysia ni dah takde kerja lain ke? Hoi, orang buta minta sedekah pun boleh lepas duit makan. Orang Pakistan pun datang Malaysia minta sedekah dapat makan.

Ulama kalau ikut UMNO haru biru Islam dibuatnya.