01 Disember 2011

Ditetak hingga bersepai otak

5 Muharram 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an maut dalam keadaan mengerikan dengan otaknya bersepai, manakala kedua-dua belah tangan hampir putus selepas ditetak dalam satu kejadian, lewat malam kelmarin.

Kejadian sekitar jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berketurunan Cina sedang menonton televisyen di sebuah tokong dekat Kampung Besar, Berapit bersama dua rakannya sebelum mereka tiba- tiba didatangi empat lelaki bertopeng.

Rakan mangsa kemudiannya diarah beredar daripada tempat kejadian dan diminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah urusan antara mangsa dengan penyerang.

Mangsa yang ketakutan bertindak lari menyelamatkan diri, namun, dikejar dan ditetak di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak hanya 15 meter dari tokong berkenaan.

Berikutan itu, mangsa yang tinggal di Taman Serumpun, Berapit mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika ditemui di lokasi memberitahu, berdasarkan siasa-tan awal, mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan memburu keempat-empat suspek giat dijalankan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

sinar harian/-

Tiada ulasan: