5 Muharram 1433H. [MOD] -
MELAKA TENGAH - Mungkin gara-gara tidak dibayar gaji, Masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga, di sini disimbah cat merah dipercayai dilakukan pekerja kontraktor baik pulih dan naik taraf masjid tersebut.
Selain disimbah cat, beberapa bahagian dinding masjid turut ditulis perkataan ‘jelaskan gaji kami’ menggunakan cat merah.
Bekas pengerusi masjid tersebut, Mohd.Zan Mohd Amin, 68, berkata, beliau mengetahui perbuatan biadab itu setelah dihubungi penyelia projek itu kira-kira jam 10 pagi, semalam.
“Sebelum ini, subkontraktor projek ini pernah memberitahu saya bahawa dia mengalami masalah kewangan sehingga sukar membayar gaji pekerja akibat masih tidak menerima bayaran daripada Kerajaan Negeri.
“Mungkin disebabkan tidak dapat gaji, ada pekerja yang tidak puas hati dan melakukan perbuatan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Zan berkata, pekerja subkontraktor projek tersebut itu berasal dari Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Sidang Kampung Pinang, Ramli Mohamad, 59, berkata, kerja membaik pulih dan menaik taraf masjid itu telah bermula sejak setahun lalu dan hampir siap.
Menurutnya, sekiranya tidak menerima gaji, pekerja terbabit tidak sepatutnya menyimbah cat dan menconteng dinding masjid semata-mata disebabkan tidak puas hati.
“Mereka sepatutnya berbincang dengan kontraktor terbabit dan mencari jalan penyelesaian.
“Menyimbah cat pada dinding masjid boleh menimbulkan fitnah dan saya harap polis dapat mencari siapa yang melakukannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan