5 Muharram 1433H. [MOD] -
JASIN – Walaupun memiliki berat badan melebihi 170 kilogram (kg), namun ia bukan penghalang bagi seorang remaja orang kurang upaya (OKU) menyertai acara sukan berjalan kaki 50 meter sekali gus menarik tumpuan orang ramai.
Remaja berkenaan, A Sharvindkumar, 14, dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Seri Perdana Alor Gajah, teruja menyertai sukan itu pada Program Hari Keluarga dan Sukaneka Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Negeri 2011 di Stadium Mini Jasin, semalam.
Walaupun mempunyai berat badan yang tidak sesuai dengan umurnya, namun semangat dan minatnya dalam sukan tidak pernah luntur biarpun tidak seperti remaja normal lain.
Menurut abangnya, A Kaviarasan, 18, walaupun adiknya lembam, namun dia begitu meminati sukan dan muzik sekali gus tidak pernah kekok mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan sukan sehinggakan pernah mendapat pingat emas dalam pertandingan yang sama pada Sukan Paralimpik yang diadakan di Stadium Hang Jebat, tahun lalu.
“Sharvindkumar tidak banyak makan, namun dia kuat minum air sehinggakan setiap hari dia minum tidak kurang dari 10 liter air.
“Faktor inilah yang menyebabkan dia memiliki saiz badan besar seperti orang dewasa,” katanya.
Kaviasaran berkata, doktor ada memberi nasihat agar adiknya itu tidak terlalu banyak minum air, namun ia sukar untuk dikawal.
“Saya tidak pernah berasa malu memiliki adik OKU seperti Sharvindkumar, namun kadang kala berkecil hati apabila ada segelintir masyarakat yang suka mengejek dia sehingga menyebabkan adik saya sedih.
“Masyarakat seharusnya menerima dan membuka mata terhadap golongan OKU seperti ini bukan meminggirkan atau mengejek mereka tetapi bergaul bersama dalam masyarakat,” katanya.
Katanya, walaupun adiknya itu mempunyai kekurangan dari segi pemikiran dan percakapan, namun dia yakin dengan semangat tinggi yang ditunjukkan adiknya tidak mustahil Sharvindkumar mampu berdikari.
“Malah, dia juga mampu berjaya mengharumkan nama negeri seterusnya negara dalam acara sukan yang diminatinya,” katanya.
Program julung kali anjuran PDK Negeri itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Daud Arbah dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan (OKU) JKM, Ismail Barom yang melibatkan 17 PDK dalam negeri ini.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan