4 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 29 Dis. — Bukit Aman kini bekerjasama dengan Kedutaan Korea Selatan di sini, bagi mengesan dua suspek dipercayai rakyat negara itu, berkaitan kes kehilangan seorang ahli perniagaan Korea Selatan sejak 31 Okt. lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek terbabit yang dipercayai telah meninggalkan negara ini. "Kemungkinan sekarang ini suspek sudah pulang ke negara asal (Korea),
mungkin juga sudah lari ke mana-mana negara lain. Bantuan dari Kedutaan Korea dan pihak Interpol mampu membantu dalam menyelesaikan misteri kehilangan ahli perniagaan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berdasarkan maklumat sedia ada. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama, berkata kes itu masih disiasat mengikut Akta Orang Hilang.
Warga Korea itu, Kim Chong Yong, 53, yang tinggal di negara ini sejak dua dekad lepas, dilihat kali terakhir di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas antara 9 malam hingga 1 pagi pada 30 Okt bersama seorang lelaki, sebelum dilapor hilang pada keesokannya. — BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan