29 Disember 2011

Bebas Anwar 901 jelajah 10 negeri

4 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Timbalan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, berkata, antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, tujuan kempen diadakan bagi menunjukkan sokongan dan menuntut keadilan kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilancarkan.

“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.

"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..

Katanya, AMK peringkat negeri juga diberi arahan untuk bersiap sedia dan mengadakan kempen kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan kepada Anwar 9 Januari ini.

Mohd Saifullah berkata, antar aktiviti yang dijalankan adalah ceramah perdana, ceramah kelompok dan secara edaran risalah.

Dalam pada itu, ketika ditanya anggaran sambutan yang bakal mereka terima pada 9 Januari nanti, Mohd Saifullah berkata, berdasar sambutan hangat rakyat, mereka yakin orang ramai akan hadir beramai-ramai menuntut keadilan kepada Anwar.

Semalam, laman portal berita Free Malaysian Today memberitahu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata kempen yang bermula di alam maya itu dan telah mencetak 500,000 risalah yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.

Katanya, pada acara kemuncak nanti, program bersama pemuda Pakatan Rakyat juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat juga selesai.

Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Sinar Harian

Tiada ulasan: