4 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Polis menahan 21 suspek, termasuk dua di bawah Ordinan Darurat, susulan 13 laporan berhubung kes pecah rumah dan bakar di kawasan Semenyih, Kajang dan Beranang, Hulu Langat dari Mei lalu sehingga bulan ini.
Enam laporan diterima di Kajang, empat di Semenyih dan tiga di Beranang.
Difahamkan, daripada jumlah itu, hanya sebuah rumah berpenghuni, manakala 12 lagi, ditinggalkan kosong atau tiada penghuni.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, empat daripada 21 suspek itu ditahan berhubung tiga laporan diterima Isnin lalu.
Menurutnya, dua suspek ditahan bekerja sebagai kelindan lori berusia 16 dan 18 tahun, manakala, dua lagi masing-masing seorang pekerja kilang berusia 26 tahun serta penganggur berusia 34 tahun.
Katanya, mereka ditahan di sekitar Kajang antara jam 10 pagi hingga 4 petang hari yang sama.
“Turut dirampas bersama suspek adalah pedang perhiasan biasanya digunakan untuk upacara khas kumpu-lan gangster, lapan jam tangan, dua kamera serta beberapa peralatan untuk pecah rumah.
“Kita sedang menyiasat berhubung pemilik pedang itu sama ada milik suspek atau dicuri. Kita percaya masih ada saki baki suspek dan sedang berusaha menjejaki mereka,” katanya semalam.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing, mendapati dua daripada mereka positif syabu, manakala seorang positif heroin.
“Siasatan awal menunjukkan suspek berusia 34 tahun mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun,” katanya.
Tun Hisan berkata, kebanyakan rumah yang menjadi sasaran adalah rumah yang dibiarkan oleh pemilik dalam tempoh lama tanpa penjagaan sehingga halaman dipenuhi semak dan lalang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan