27 Mac 2012

3 balu, 2 anak perempuan Osama didakwa

4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD: Sebuah mahkamah di Pakistan bersedia untuk mendakwa lima anggota keluarga Osama bin Laden atas tuduhan masuk dan tinggal di negara itu secara haram.

Peguam mereka berkata keluarga ketua Al-Qaeda itu, tiga isterinya dan dua anak perempuan, ditahan sejak Mei lalu, selepas komando Amerika Syarikat menyerbu rumah di Abbottabad itu dan membunuh Osama.

Peguam keluarga berkenaan, Mohammad Amir berkata, mereka akan didakwa pada 2 April apabila perbicaraan disambung.

Pakar undang-undang Pakistan berkata hukuman maksimum ke atas mereka adalah lima tahun penjara.

Osama tinggal bersama-sama ketiga-tiga isterinya dan lapan anak serta tiga pembantu ketika kediamannya diserang oleh tentera Amerika. Seorang isterinya dikatakan warga Yaman, seorang Arab Saudi dan seorang lagi tidak diketahui. - AP

Tiada ulasan: