4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MALAYSIA Tigers terpaksa meneruskan cabaran separuh akhir Piala Axiata 2012, tanpa aksi daripada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang bergelumang dengan pemulihan kecederaan bahu kanannya.
Chong wei yang tidak beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan berkemungkinan terpaksa melupakan terus gelanggang Piala Axiata yang baru menamatkan saingan peringkat kumpulan di Stadium Badminton Cheras kuala Lumpur, Ahad lalu.
Ketua Jurulatih Perseorangan Negara, Rashid Sidek enggan mengambil risiko menurunkan pemain itu berkata, keputusan sama ada Chong Wei dibenarkan beraksi atau tidak pada perlawanan separuh akhir 30 Mac dan 1 April ini, tetap bergantung kepada laporan perubatan.
“Chong Wei akui dia kecewa kerana gagal membantu pasukan negara muncul juara kumpulan.
“Tetapi kita perlu fikir jangka panjang. Matlamat sekarang adalah pingat emas pertama Sukan Olimpik, London. Jika dia teruskan bermain dan cedera, siapa yang akan bertanggungjawab.
“Mahu tau tidak, pemain sedia ada perlu bangkit dan buktikan mereka mampu beri keputusan cemerlang meskipun tanpa Chong Wei,” katanya skuad negara perlu bijak mengatur strategi membenam skuad Indonesia Garuda pada aksi separuh akhir dan tiada sebab mereka perlu tewas kepada pasukan itu.
Kelmarin, Malaysia Tigers tewas mengejut kepada pasukan pelapis Indonesia, Indonesia Rajawali 1-2 pada pusingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Axiata.
Muhammad Hafiz Hashim yang memulakan cabaran negara kecundang di tangan perseorangan pertama Indonesia Hayom Rumbaka 21-16, 18-21, 10-21 sebelum gandingan Koo Kean Kiet-Tan Boon Heong membawa perkhabaran duka, tumbang kepada Angga Pratama- Rian Agung Saputro, 10-21, 21-18, 21-13.
Perseorangan kedua negara Liew Daren meraih mata tunggal negara dengan menumpaskan Shesar Hiren Rhustavito 21-19, 21-13.
Malaysia Tigers dijadualkan bertemu Indonesia Garuda, sementara Malaysia Leopards menentang Indonesia Rajawali pada peringkat separuh akhir yang bermula Jumaat ini di Jakarta, sebelum menerima kunjungan pelawat di Kuala Lumpur pada 1 April.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan