4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SEPRI – “Tolong, tolong van terbakar," Itu jeritan awal pemandu van Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pekan Rembau, M Indra, 48, yang bertindak pantas mengarahkan tiga penumpang van berkenaan keluar sebaik ternampak percikan api di stereng van berkenaan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 petang itu, Indra, baru sahaja memasuki salah satu simpang di Kampung Terap Sepri, di sini, bagi menghantar dua pelatih PDK berusia 28 dan empat tahun serta seorang penjaga, Wanti Pinpantoyo, 40, di kampung berkenaan.
Menurutnya, sebaik terlihat asap dan percikan api, dia terus mengarahkan Wanti keluar sambil menarik dua lagi pelatih PDK supaya berlari ke persimpangan jalan untuk meminta pertolongan daripada pekerja bengkel kereta di seberang jalan.
“Saya sangat terperanjat dan terus menjerit meminta tolong. Bagaimanapun, hanya beberapa minit sahaja setelah percikan api berkenaan, van PDK yang sudah saya pandu sejak enam tahun lalu habis terbakar begitu sahaja.
“Van ini banyak berjasa kerana menjadi pengangkutan utama anak-anak orang kelainan upaya (OKU) sekiranya penjaga mereka tiada kenderaan untuk menghantar ke PDK Pekan Rembau,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi PDK Pekan Rembau, RD Ramesh Patel berkata, sememangnya pihaknya berhasrat memiliki van baru susulan van itu sudah berusia lebih 20 tahun dan PDK menggunakannya sejak 10 tahun lalu hasil sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Menurutnya, PDK Pekan Rembau hanya memiliki dua van bagi mengangkut kira-kira 30 pelatih PDK dalam usaha memastikan golongan OKU mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna di PDK.
“Buat sementara ini, kita terpaksa guna kereta untuk mengambil dan menghantar pelatih PDK, namun kita amat berharap dapat menerima sumbangan van dalam masa terdekat untuk kegunaan pelatih PDK,” katanya.
Susulan kebakaran berkenaan, seramai lima anggota lintar pintas dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai oleh Mohd Yusoff Samad bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 1.10 petang. Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tiga minit.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan