4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MENTAKAB - Kes curi kabel Telekom semakin menular ekoran sikap pihak tidak bertanggungjawab mahu meraih pendapatan lumayan hasil jualan kabel tersebut.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saga, Shahruddin Abdullah Sani berkata, dalam hal ini, Telekom minta kerjasama KRT supaya melaksanakan program Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Menurutnya, melalui SRS itu diharap mampu membantu mengekang kes curi kabel itu yang mana ia menyukarkan penduduk membuat panggilan atau melayari Internet.
“Saya difahamkan setiap kali berlaku kes curi kabel, Telekom terpaksa menanggung kos yang tinggi. Ketiadaan talian menyukarkan penduduk membuat panggilan jika berlaku kecemasan.
“Justeru, Telekom mengharapkan kerjasama penduduk supaya menyertai SRS sekali gus membendung gejala curi kabel tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena majlis keselamatan dan kejiranan Telekom Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, dekat Taman Saga, di sini.
Shahruddin berkata, selain itu, SRS juga berperanan dalam membantu mencegah jenayah serta masalah sosial di dalam KRT masing-masing.
Menurutnya, SRS penting kerana ia melindungi nyawa, harta benda dan keselamatan penduduk.
“Dalam mengendalikan SRS, kita sebagai masyarakat hendaklah saling membantu dan bergilir berjaga malam demi memastikan keselamatan kawasan kita terus terjamin,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan