4 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) mengenal pasti beberapa negara luar berpotensi menjadi pasaran untuk motosikal keluarannya terutama Indonesia, Kemboja, Laos, Nepal, Papua New Guinea dan Turki.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Halim Ismail berkata, rancangan Modenas mengembangkan sayapnya ke negara-negara itu berikutan sambutan baik terhadap motosikal keluarannya di Iran dan Greece.
Menurutnya, jualan motosikal Modenas di Iran mencecah 3,000 unit setahun manakala permintaan di Greece mencatatkan peningkatan mendadak.
“Berdasarkan rekod, kita yakin permintaan untuk motosikal Modenas di negara-negara luar, khususnya negara membangun, akan terus meningkat,” katanya kepada Sinar Harian selepas di sini selepas sesi padu uji motosikal terbaru Modenas, ACE 115 di Ayer Keroh, Melaka.
Mengenai model terbaru Modenas ACE 115, Abdul Halim berkata, Modenas menyasarkan untuk menguasai 12 peratus pasaran tempatan motosikal dalam kelas ini.
Beliau berkata, sasaran itu adalah peningkatan daripada lapan peratus syer pasaran yang kini dipegang Modenas.
Katanya, walaupun baru dilancarkan 1 Mac lalu, Modenas ACE 115 sudah menerima tempahan sebanyak 15,700, selain lebih 5,000 sudah didaftarkan dan berada di atas jalan raya.
“Kita percaya keunikan Modenas ACE 115, di mana ia menggabungkan reka bentuk skuter dan motosikal berkuasa tinggi menyebabkan ia menerima sambutan yang baik daripada orang ramai, khususnya golongan muda.
“Sambutan hangat yang diterima ini adalah berbaloi dengan RM4.8 juta yang dilaburkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk model ini,” katanya.
Mengenai perancangan jangka panjang Modenas, Abdul Halim berkata, syarikat merancang memperkenalkan satu model baru setiap tahun.
“Kita akan lakukan sebagaimana yang telah dirancang, atau paling kurang pun melakukan ‘face lift’ untuk model-model terpilih,” katanya.
Sinar Harian

1 ulasan:
Nampak cam best je moto nih. Sesape penah guna cer cerita sikit, kalau banding ngan gt128 mana lagi best?
Catat Ulasan