14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
TIKET perlawanan membabitkan pertemuan Kelantan menentang kelab Navibank Saigon FC dari Vietnam dalam peringkat Kumpulan H, Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (Piala AFC) dijual bermula 1 petang hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bendahari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar berkata, selain itu peminat setia The Red Warriors juga boleh membeli tiket di Restoran MZ Corner di Kampung Baru bermula jam 10 pagi hingga 2 petang hari ini.
“Harga tiket bagi tempat duduk grandstand RM30, terbuka RM15 sementara untuk kanak-kanak RM5 dan kita jangkakan hampir 20 ribu penyokong setia Kelantan akan hadir menyaksikan perlawanan ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Selain itu kita berharap penyokong setia Kelantan dapat menjaga disiplin bagi memastikan perlawanan malam ini berlangsung dengan lancar. Peringatan ini diberikan kerana kita tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku seterusnya mencemarkan perlawanan.
Menurut Nik Aminaldin, pihak penganjur AFC mengenakan hukuman yang berat iaitu denda sehingga RM16,000 bagi setiap kesalahan seperti membaling objek, pancaran laser serta membakar mercun dan bunga api kepada pasukan tuan rumah sekiranya insiden tersebut berlaku.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan