14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
RANTAU ABANG - Kasihnya pada penyu tidak dapat digambarkan melalui lukisan atau luahan kata-kata, namun dari riak pandangan lelaki berusia tiga suku abad ini jelas menggambarkan kekecewaannya terhadap kepupusan reptilia yang menjadi nadi kehidupan masa silamnya itu.
Bagi penduduk tepi pantai di sebuah perkampungan nelayan dekat sini, nama Pok Nor atau nama sebenarnya, Mohd Nor Hamid, 70, merupakan seorang tokoh yang sudah tidak asing lagi berikutan penglibatan serta sumbangannya terhadap kehidupan reptilia laut yang mendapat perlindungan Jabatan Perikanan itu.
Menceritakan pengalamannya, Pok Nor berkata, peristiwa menyaksikan kemeriahan dengan kehadiran pelancong dan penduduk tempatan pada musim penyu bertelur merupakan satu nostalgia yang masih segar dalam ingatannya, biarpun ia sudah lebih 30 tahun berlalu.
Pok Nor yang mengasihi hidupan laut seperti anaknya sendiri itu berkata, pada penghujung tahun 70-an serta awal 80-an dahulu, Rantau Abang dilimpahi pelancong tidak kira dari dalam atau luar negeri yang ingin menyaksikan peristiwa penyu bertelur.
Namun Pok Nor sangsi entah di mana silapnya, pantai Rantau Abang sepanjang kira-kira lima kilometer yang menjadi lokasi pendaratan penyu bertelur suatu ketika dahulu itu kini lengang.
“Saya sedih melihat penyu tidak lagi mendarat di sini, lebih mendukacitakan apabila sejak akhir-akhir ini bangkai penyu sering ditemui terdampar di tepi pantai. Sebagai orang lama yang sentiasa dekat dengan penyu, saya tidak pernah menduga perkara sebegini akan berlaku, kemusnahan baka penyu itu disebabkan oleh tindakan kita sendiri,” kata Pok Nor yang kesal dengan apa yang berlaku.
Ketika diminta menceritakan pengalaman pahit yang sukar dilupakan sepanjang lebih 30 tahun bergiat sebagai pemajak telur penyu, warga emas yang sudah mempunyai lima cicit itu meluahkan, pernah suatu ketika hatinya benar-benar sayu tatkala menyaksikan kesukaran seekor penyu belimbing menetaskan telurnya.
Pok Nor berkata, ketika itu dia terpandang satu gumpalan plastik di bahagian dubur penyu tersebut lalu cuba menariknya keluar.
“Apabila saya tarik keluar, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ia adalah sisa plastik, ia mungkin menjadi makanan penyu ketika berada di laut. Keadaan ini menggambarkan bahawa pantai kita sudah tercemar dan tidak mustahil kenapa penyu semakin pupus di perairan kita,” kata Pok Nor.
Menurut Pok Nor, aktiviti penangkapan ikan secara rakus menggunakan pukat pari juga dipercayai menjadi punca kenapa banyak bangkai penyu ditemui terdampar di tepi pantai.
“Nelayan ini hanya ingin mengaut keuntungan tanpa mempunyai perasaan cinta terhadap penyu yang menjadi khazanah berharga untuk generasi mereka sendiri.
“Selagi tidak timbul kesedaran dalam hati kita untuk menyelamatkan penyu, selagi itulah usaha untuk memelihara binatang ini daripada lenyap di bumi Dungun tidak akan berhasil,” kata Pok Nor lagi yang kini banyak terlibat dengan kerja sosial bersama Jabatan Perikanan dalam usahanya menyelamatkan kepupusan penyu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan