14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUANTAN, 7 Mac: Gabungan aktivis anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) mendakwa cadangan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing sangat bahaya.
Ini kerana, tindakan membuang sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Gebeng ke tapak lombong yang sudah tidak digunakan di sana akan merosakkan alam sekitar.
“Cadangan Menteri Besar akan merosakkan Sungai Lembing dan membawa ia kembali kepada masa silam perlombongan. Lembah tersebut baru saja berubah wajah ke satu tapak pelancongan yang baik pada tahun ini,” kata Tan Bun Teet daripada SMSL yang terkejut dengan cadangan Adnan.
Tan turut bertanya pada Adnan samada Menteri Besar Pahang itu pernah terfikir akan nasib kehidupan dan punca pendapatan penduduk di Sungai Lembing apabila beribu pelancong tidak lagi mengunjungi tempat tersebut kerana kehadiran tapak pembuangan sisa radioaktif.
Menurut SMSL, kilang Lynas kini berada di fasa akhir untuk beroperasi. Namun begitu, ramai mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan lesen sementara kepada Lynas walaupun pelan Lynas dalam pengurusan dan pembuangan sisa toksik masih lagi samar.
Pada 5 Mac yang lalu, pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar menyelar kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang bercanggah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas.
“Kenyataan beliau telah membangkitkan beberapa persoalan dan salah satu darinya menyatakan bahawa pihak berkuasa Australia sendiri tidak mahu menerima sisa toksik tersebut kerana amat berbahaya dilihat terdapat percanggahan.
"(Datuk Liow) Tiong Lai juga menegaskan bahawa lesen sementara tidak dapat diberikan sedangkan kilang tersebut masih meneruskan operasinya.
“Kami ingin mengetahui mengapa Tiong Lai dan Kementerian Kesihatan tidak mempersoalkan pengurusan dan pembuangan sisa toksik ini lebih awal, dan hanya menyelidikinya selepas kilang tersebut dibina dan lesen operasi sementara diberikan,” selar beliau.
Najib pula pada masa yang sama dilihat telah membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia.
"Walaupun saintis sudah mengeluarkan bukti termasuk akuan badan antarabangsa bahawa sisa buangan itu selamat tetapi masih ada orang tidak puas hati membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan pindahkan sisa buangan itu ke tempat lebih jauh," kata Najib sebelum ini.
Sementara itu, ketua Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR), Andansura Rabu berkata banyak lagi faktor yang perlu dikaji walaupun tempat pembuangan sisa radioaktif telah dikenal pasti.
“Walaupun tapak pembuangan sisa radioaktif dikenalpasti, bagaimana dengan 500 ton bahan buangan dan 100,000 meter pada sisa gas yang dikeluarkan ke dalam sungai dan laut kita setiap jam.
"Komuniti Balok tinggal dekat dengan kilang tersebut, hanya beberapa kilometer sahaja. Ada yang tinggal bersebelahan dengan sungai Balok dan persisiran pantai di mana air sisa buang Lynas akan mengalir ke Laut China Selatan. Bagaimana mereka akan hidup dengan hasil lautan dan laut mereka tercemar?” tanya Andansura.
Selain itu, SMSL turut menegaskan bahawa Sungai Lembing adalah kawasan tadahan air yang penting untuk Kuantan.
Menurut SMSL, Adnan juga telah memberikan amaran kepada ahli politik untuk tidak menyertai aktiviti anti-Lynas atau mereka akan berhadapan dengan risiko sekiranya Barisan Nasional memerintah semula selepas pilihanraya akan datang.
“Kita amat terkilan dengan cadangan yang tidak masuk akal dan damaging ini daripada Menteri Besar. Australia akan mendapat A$18 juta (RM55 juta) daripada cukai yang dibayar Lynas setiap tahun.
"Apa yang kita dapat ialah sisa dan pencemaran daripada Lynas. Adnan Yaakob tidak layak menjadi Menteri Besar sekiranya beliau tetap meletakkan kepentingan syarikat asing daripada kesihatan dan kebajikan rakyatnya,” kata Tan dan Andansura.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan