14 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kehakiman Malaysia mencipta satu lagi sejarah hebat apabila mendakwa motif pembunuhan tidak penting dalam pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Motif pembunuhan itu mesti di'established'. Motiflah yang mendorong dan merangsang pembunuhan. Orang tak bunuh tak fasal-fasal," kata beliau.
Hari ini, hakim dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita yang dilaporkan sebagai juru bahasa dan broker perniagaan senjata itu dalam penghakiman penuh ke atas kes bunuh itu selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.
"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin.
Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman bunuh.
"Keputusan mahkamah itu dengan sendirinya mengesahkan pandangan sebahagian besar rakyat bahawa Azilah dan Sirul hanyalah boneka pihak tertentu yang sangat berkuasa yang mengarahkan mereka melakukan pembunuhan.
"Adalah tidak masuk akal kedua-dua anggota polis UTK itu sengaja seronok-seronok membuat keputusan untuk membunuh Altantuya tanpa sebarang sebab," kata Mohamad.
Beliau juga menyifatkan keputusan mahkamah itu tidak mampu sama sekali membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
2009 lalu, didahului oleh akhbar Perancis, Liberation, banyak akhbar dari serata dunia mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya itu.
Merdeka Review melaporkan, Azilah dan Sirul didakwa sebagai anggota polis yang menjadi pengawal Najib.
Kes tersebut semakin menarik perhatian apabila pada 29 Jun 2007 lalu, seorang saksi perbicaraan, Burmaa Oyunchimeg dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pro-Umno telah memberi keterangan bahawa Altantuya pernah berjumpa dengan seseorang yang bernama Najib Razak.
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.
Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: Boleh kamu terangkan gambar apa?
Burmaa: Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.
Karpal: Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Najib pula tidak mahu mengulas apabila ditanya mengenai keterangan Burmaa kepada mahkamah itu.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan