10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PENYOKONG Assad mengadakan demonstrasi ketika majlis pembukaan persidangan 'Sahabat Rakyat Syria' di Istanbul, semalam.
PM Turki saran cari jalan henti pergolakan politik Damsyik
ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa masyarakat antarabangsa menyokong hak Syria mempertahankan diri jika Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak untuk menghentikan tindakan keras terhadap pemberontak di Damsyik. “Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria mempertahankan diri,” kata Edrogan pada majlis pembukaan persidangan ‘Sahabat Rakyat Syria’ di Istanbul.
Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria pertahankan diri. - Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki
Persidangan kedua ‘Sahabat Rakyat Syria’ dibuka dengan 80 wakil menyertai perbincangan mencari jalan memastikan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad melaksanakan rancangan oleh utusan Liga Arab-PBB, Kofi Annan.
Erdogan berharap rancangan itu akan membawa hasil tetapi ada kemungkinan pentadbiran Syria akan menggunakan inisiatif Annan untuk melengah-lengahkan masa.
Rancangan Annan bagi mengakhiri keganasan, gencatan senjata kemanusiaan dua jam setiap hari dan laluan ke semua kawasan yang bergolak di Syria selain mengetuai proses politik Syria, hak menunjuk perasaan dan membebaskan mereka yang ditahan.
Annan dilaporkan tidak menghadiri persidangan itu. Sementara itu, dua sekutu utama Damsyik, Russia dan China, turut menarik diri daripada persidangan terbabit.
Turki yang menganjurkan persidangan itu memberikan 18,000 pelarian Syria penempatan, memutuskan hubungan dengan sekutunya sebelum ini dengan Syria dan menggesa Assad supaya berhenti.
Sementara itu, Syria mengecam persidangan antarabangsa sebelum ia bermula semalam dan menyifatkannya sebagai sebahagian konspirasi antarabangsa untuk membunuh rakyat Syria dan melemahkan negara.
Lidah pengarang akhbar rasmi al Baath menyifatkan persidangan itu sebagai perebutan masyarakat an tarabangsa untuk membunuh lebih ramai rakyat Syria, mensabotaj untuk melemahkan Syria.
Damsyik secara berterusan menyifatkan kebangkitan sejak tahun lalu di negara itu sebagai campur tangan pihak asing.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton turut menghadiri persidangan sehari itu, selain pemimpin dari Eropah, Turki dan negara Arab.
Tokoh pembangkang Syria, termasuk Majlis Nasional Syria turut menyertai persidangan itu, cuba meyakinkan pembiaya antarabangsa mereka boleh mengatasi masalah dan memimpin Syria ke arah demokrasi yang terjamin. – AP/AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan