10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 2 April: Delegasi Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) semalam bersama wakil Mahasiswa Yayasan Terengganu bersepakat untuk menghantar memorandum bantahan berhubung penarikan pinjaman 9 mahasiswa Terengganu yang kini menuntut di Mesir.
“Gempur telah menggariskan 4 tuntutan berkenaan isu ini dan bantahan ini dibuat kerana berlaku penindasan dan kezaliman serta ketidakadilan didalam keputusan Kerajaan Negeri Terengganu membatalkan pinjaman 9 mahasiswa ini,” kata Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin dalam satu kenyataan.
Katanya, antara tuntutan itu ialah Gempur menuntut agar tindakan membatalkan pinjaman terhadap sembilan mahasiswa terbabit ditarik semula serta merta dan menyambung semula pinjaman terbabit.
Tambahnya, Gempur juga menuntut agar kerajaan negeri Terengganu lebih profesional dalam membuat sebarang keputusan dengan memberikan prioriti kepada rakyat dan tuntutan rakyat marhaen serta mendengar segala keluhan rakyat bawahan.
Selain itu, ujarnya Gempur menuntut agar Yayasan Terengganu tidak dijadikan instrumen politik bagi mendiskriminasi rakyat yang tidak selari dengan agenda kerajaan negeri.
Beliau berkata, Yayasan Terengganu perlu menjadi badan pembela kepada seluruh lapisan rakyat selagimana mereka masih bergelar rakyat yang berasal dari Terengganu.
Justeru, Gempur memberi tempoh selama seminggu untuk Kerajaan Negeri Terengganu memberikan respons dan keputusan.
“Jika tidak kami akan terus mendesak dan mengumpulkan solidariti yang lebih ramai bagi membela nasib 9 mahasiswa Terengganu terbabit,” tegasnya.
Beliau turut memberitahu berhubung kjaian semalam yang mana di pintu hadapan Wisma Darul Iman, terdapat sedikit pertikaman lidah antara delegasi dan bahagian keselamatan wisma, akhirnya pihak wisma hanya membenarkan tiga orang wakil sahaja untuk naik bagi menghantar memorandum bantahan.
“Pihak kerajaan Negeri Terengganu telah mewakilkan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu untuk menerima memorandum bantahan meskipun pada awal kami telah menyatakan bahawa Gempur mahu menyerahkan memorandum bantahan hanya kepada Datuk Menteri Besar ataupun kepada Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.
“Malangnya tuntutan kami tidak dilayan,” ujarnya lagi.
Akhirnya, kata beliau delegasi akur untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Penasihat Agama Menteri Besar meskipun Gempur mempertikaikan kapasiti kuasa dan bidang beliau untuk menerima memorandum.
Jelasnya, setelah penyerahan memorandum dilakukan, penasihat agama itu telah mempersoalkan berkenaan badan bukan kerajaan (NGO) Bersih dan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyerang keperibadian Pengerusi Bersih.
“Beliau menyatakan bahawa mereka ni (9 mahasiswa) itu pergi himpunan Bersih. Pengerusi Bersih adalah Datuk Ambiga, dia seorang kafir, dengan nada yang signikal dan pesimis, kirim salam kepada dia (Datuk Ambiga).
“Kami merasakan tindakan beliau adalah tidak wajar dan tidak professional apabila memainkan sentimen perkauman dan bersikap rasis jika dilihat status agamawan yang dipegang beliau,” kata Syahmi Hazim.
Beliau menambah, sikap biadap penasihat agama itu yang terus berlalu tanpa menyantuni wakil mahasiswa setelah menerima memorandum juga dilihat sebagai tindakan yang kurang sopan dan tidak berakhlak.
Katanya, ciri akhlak seperti itu tidak patut ada pada seorang Penasihat Agama Menteri Besar jauh sekali seorang melambangkan individu muslim yang menjiwai akhlak Rasullah S.A.W yang husnul khuluq dan hanya menyerlahkan dirinya sebagai seorang agamawan yang ego dan tidak mempunyai jiwa ummah.
“Kami ada semua bukti dan kami mendesak untuk beliau memohon maaf kepada kami dan juga kepada seluruh mahasiswa Malaysia ke atas kenyataan beliau yang tidak matang dan berfikiran sempit.
“Kami datang bukan untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kami datang untuk mendapatkan penjelasan, bukan kenyataan yang bersifat rasis seperti itu,” ujarnya.
Justeru, kata beliau Gempur mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Terengganu kerana mereka mempunyai Penasihat Agama yang tidak matang dan rakyat Malaysia amnya serta rakyat Terengganu khususnya perlu melihat perkara itu dengan lebih serius.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan