10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA PILAH - Kehilangan seorang lelaki sejak enam hari lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui mati dalam longkang dipenuhi air sedalam kira-kira tiga meter di simpang masuk Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, petang kelmarin.
Mangsa, Ng Boon Chin, 55, dikatakan keluar dari rumah di Taman Wira Jaya, di sini pada 25 Mac lalu, sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya, empat hari kemudian.
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan dalam tempoh 24 jam berdasarkan mayat yang masih elok.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, mangsa yang mengalami sakit mental serta tidak bekerja itu dikatakan sering merayau-rayau.
“Biasanya dia akan pulang semula ke rumah. Namun, sejak Ahad lalu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Melang.
“Bagaimanapun, mayatnya ditemui orang awam, semalam (kelmarin),” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Jaafar berkata, setakat ini pihaknya sedang melakukan siasatan punca kematian berdasarkan bedah siasat yang dijalankan HTAN.
“Kita percaya mangsa baru sahaja terjatuh ke dalam longkang tersebut dalam tempoh 24 jam,” katanya.
Menurutnya, polis percaya kematian mangsa tidak membabitkan unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan