10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU- Seorang duda berumur 29 tahun dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah Kumpulan Joo diberkas polis dalam satu operasi di Kampung Bedollah Tumpat, Khamis lalu.
Penangkapan lelaki yang beralamat dari Kampung Geting bersama barang rampasan yang keseluruhan bernilai RM185,210 itu sekali gus berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di sekitar kawasan Tumpat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Amran Ramli berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki yang mempunyai seorang anak itu ditahan di pekarangan rumahnya dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tumpat.
Menurutnya, selepas menahan lelaki terbabit, polis kemudian melakukan pemeriksaan di dalam dan di luar rumah yang membawa kepada penemuan 3,500 pil kuda bernilai RM105,000 termasuk tiga botol heroin, wang tunai RM4,210 yang dipercayai hasil jualan dadah.
“Hasil maklumat dan serbuan yang dilakukan polis juga turut merampas tiga kenderaan iaitu Proton Perdana, Wira dan sebuah kereta Honda dengan nilai sitaan RM70,000.
“Siasatan dilakukan terhadap lelaki terbabit yang berasal dari Tumpat itu mendapati dia sebelum ini pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas di Machang dan dikatakan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak empat bulan lalu selepas dibebaskan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam.
Amran berkata, pihak polis juga kini memburu tujuh lagi konco-konconya yang difahamkan turut menganggotai kumpulan terbabit dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membendung kegiatan itu termasuk menangkapnya.
Menurutnya, sepanjang tiga hari operasi yang dilakukan, pihaknya berjaya melakukan beberapa kejayaan rampasan dadah terutama pil kuda dan sekali gus melemahkan kegiatan pengedaran di Tumpat.
Beliau berkata, lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis sentiasa melakukan serbuan dan operasi termasuk melakukan rampasan serta berharap orang ramai terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa untuk menumpaskan kegiatan yang merosakkan negara,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan