10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MACHANG - Seorang peniaga nasi kukus kerugian RM12,000 selepas disamun lelaki bertopeng dan memakai topi keledar berdekatan rumahnya di belakang stesen minyak Petronas, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika Suhaila Ismail, 37, berjalan kaki ke kedai adiknya yang terletak berdekatan bersama anaknya, Damia Safra Hasnan, 2.
Suhaila berkata, lelaki bertopeng itu muncul secara tiba-tiba di hadapannya dengan mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut akan mencederakan anaknya jika dia menjerit.
Katanya, lelaki tersebut meminta dia mengeluarkan semua wang dari beg tangannya dengan senyap.
“Saya terlalu takut ketika itu, saya terus keluarkan semua duit yang ada. Pisau yang digunakan macam pisau pemotong daging dan nampak sangat tajam.
“Damia (Safra) ketika itu juga tidak berkata apa-apa dan hanya berpegang pada kaki saya akibat ketakutan. Saya ke kedai adik berdekatan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Machang untuk menunggu suami di sana bagi memasukkan wang hasil perniagaan dan untuk bayar pinjaman Amanah ikhtiar,” katanya.
Suhaila berkata, selain wang hasil perniagaan kedai tayar suaminya, RM5,000 daripada wang tersebut adalah wang Amanah Ikhtiar yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk disimpan ke dalam bank.
Pada masa sama, Suhaila tidak menolak kemungkinan lelaki yang menyamun itu mengenalinya memandangkan penyamun itu tahu dia menggunakan jalan tersebut setiap hari.
“Mungkin mereka tahu hari ini saya menyimpan wang Amanah Ikhtiar dan hasil perniagaan saya serta suami ke bank. Setiap hari, saya akan keluar rumah pada masa sama.
“Selain menyimpan wang saya juga membeli barang kelengkapan untuk perniagaan nasi kukus yang diusahakan pada waktu malam,” katanya yang masih trauma.
Katanya, dia percaya lelaki tersebut bersembunyi di dalam semak menunggu ketibaannya memandangkan suspek muncul secara tiba-tiba.
Katanya, selepas menyerahkan semua wang yang ada, lelaki tersebut terus lari meninggalkan dia yang masih terpaku di tempat kejadian.
“Dunia terasa gelap dan saya terduduk di situ beberapa minit walaupun penyamun itu telah pergi. Ketika itu saya hanya fikirkan nyawa kami anak beranak,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan