10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap lumpuh otak didaftar masuk ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, hari ini, sebelum menjalani pembedahan esok, bagi merawat penyakit jantung berlubang dan injap jantung sempit.
Bagaimanapun, Mawar dinasihat doktor agar berpuasa sebelum pembedahan jam 10 pagi itu.
Pembedahan yang dijangka berlangsung empat jam akan dilakukan pakar kardiologi hospital berkenaan, Dr Lim Miin Kang.
Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, berkata, pembedahan menyeluruh itu akan dapat membetulkan saluran injap jantung yang tersumbat dan merawat lubang kecil pada jantung anaknya.
Menurutnya, Insya-Allah, selepas pembedahan itu nanti, kebarangkalian untuk sembuh daripada lumpuh otak agak tinggi kerana oksigen akan sampai ke bahagian berkenaan.
“Alhamdulillah, setelah mendengar penjelasan daripada doktor, saya berharap pembedahan ini akan berjaya. Walaupun sedar, ada risikonya, namun saya yakin pembedahan ini akan berjaya.
“Saya berterima kasih kepada semua pihak di atas keprihatinan membantu anak saya dengan menyalurkan dana kepadanya. Dengan dana yang terkumpul, saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kesihatan anak saya ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Farid Alsuwad berkata, beliau bersyukur dengan keadaan kesihatan Mawar setakat ini, membolehkan pembedahan itu dilakukan kerana sebelum ini, beberapa kali pembedahan di hospital lain, ditangguh memandangkan keadaan kesihatannya tidak stabil.
“Pesan doktor, Mawar perlu sihat sepenuhnya. Alhamdulillah, setakat ini perkembangan positif dan tidak batuk, selesema dan demam lagi,” katanya.
Sejak kisah Mawar dilaporkan Sinar Harian pada 23 Mac lalu, sumbangan orang ramai berjaya dikumpulkan keseluruhan berjumlah RM40,000.
Dalam tempoh kurang seminggu, dana berjaya dikumpulkan, melalui keprihatinan rakyat Malaysia.
Selain sumbangan orang ramai, syarikat anak Kerajaan Selangor juga turut menyumbang dana tabung itu bagi membolehkan Mawar jalani pembedahan.
Penderitaan Mawar juga mendapat perhatian Yayasan Sultan Kelantan, yang bersetuju membiayai kos pembedahan dan rawatan berjumlah RM40,000.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan