10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 2 April: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mempersoal kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang hanya tertumpu di kawasan pekan dan bandar besar.
Sedangkan katanya, rakyat di kampung dan kawasan pedalaman lebih terkesan dengan kenaikan harga barang terutamanya keperluan asas.
"Penumpuan kerajaan adalah di kawasan bandar. Kedai Rakyat 1Malaysia pun di bandar supermarket pun di bandar.
"Adakah kerajaan tidak sedar keperluan masyarakat luar bandar yang merupakan penyokong kuat kerajaan diabaikan selama ini? Umno menang pun banyak di luar bandar," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Che Uda turut menempelak jawapan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat kerana pemberian subsidi oleh kerajaan.
"Tahniahlah kepada kerajaan kerana harga barang naik pun rakyat tak terbeban sampai bila-bila," perlinya.
Mengulas lanjut ketika ditemui di lobi Parlimen selepas itu, Che Uda berkata, kenaikan harga barang tidak selaras dengan pendapatan rakyat Malaysia.
"Sebenarnya harga barang di Malaysia sama dengan harga barang di negara-negara maju. Tetapi gaji kakitangan kita setaraf dengan negara dunia ketiga.
"Pendapatan rakyat kurang RM3,000. Kaian pakar mendapati 80 peratus pendapatan kita digunakan untuk tempat tinggal dan makan. Perbelanjaan pendidikan dan lain-lain tiggal 20 peratus sahaja," katanya.
Tambahnya, pada tahun 2011 sahaja, harga gula mengalami kenaikan sebanyak tiga kali akibat penyelarasan subsidi.
"Kenaikan berganda, subsidi kerajan juga berganda. Tapi yang kita hairan harga gula naik, subsidi naik, kenapa harga runcit naik sedangkan pasaran gula dunia turun," katanya.
Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan kadar kenaikan harga barang utama di pasaran seperti petrol, gula, tepung, minyak masak, telur dan susu dari tahun 2010 hingga awal 2012.
Beliau juga ingin tahu sejauh manakah kesannya kepada penduduk miskin bandar dan luar bandar dan langkah konkrit Kerajaan untuk atasi perkara ini.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan