10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
BALING - Sekurang-kurangnya 30 rumah rosak dan kehilangan bumbung dalam kejadian ribut di beberapa tempat di daerah Baling semalam.
Turut diterbangkan angin dalam kejadian kira-kira 6 petang itu ialah berpuluh keping bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai (SMKJ) Kupang.
Kampung yang teruk dilanda ribut ialah Kampung Pekan Pulai, Kampung Telok Sera, Kampung Keda Telok Teduri, Kampung Sera dan Kampung Jerai Kupang.
Berikutan kejadian itu, kebanyakan mangsa ribut terpaksa menumpang di rumah jiran dan saudara mara terdekat.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Baling, Azmi Che Husain berkata, rumah-rumah yang rosak itu berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dan Kupang.
Beliau yang juga ADUN Bayu berkata, bancian kerosakan sedang dibuat untuk tindakan segera bagi membantu mangsa ribut itu. — BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan