10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
GUSAR dengan prestasi terumbang-ambing anak buah kendalian Norizan Bakar, Perak kini terdesak mencari awang import baru bagi mengisi posisi penyerang setelah Lazar Popovic ditamatkan kontraknya semalam kerana gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan Liga Super.
Bermula cemerlang pada saingan awal musim dan berjaya menakluk liga, skuad Seladang kini dilihat semakin merosot malah mengalami empat kekalahan berturut-turut sekali gus terhumban ke tangga ketujuh liga di belakang Gergasi Merah, Selangor.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengakui prestasi pasukan masih belum memuaskan namun percaya dengan ramuan jurulatih untuk memperkemaskan barisan sedia ada supaya sasaran meraih sekurang-kurangnya satu piala direalisasikan pada tahun ini.
“Saya percaya prestasi pasukan masih boleh diperbaiki dan kita harapkan suatu mekanisme atau pembaharuan dapat dilaksanakan untuk pasukan pergi lebih jauh daripada sekarang,” katanya.
Masih menguji empat pemain Afrika untuk mengisi kekosongan Popovic, beliau menuntut pemain import baru mampu mempamerkan sentuhan serangan seperti diharapkan pasukan dan peminat Seladang.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan