10 April 2012

PKR mahu k'jaan cagar harta keluarga Shahrizat

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PKR menuntut kerajaan supaya memaksa keluarga bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya mencagarkan aset mereka sehingga pinjaman mudah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation ditunaikan.

Pengarah strateginya Rafizi Ramili juga menyarankan kerajaan supaya melelong aset berkenaan untuk mendapatkan semula wang rakyat, sekiranya syarikat tersebut gagal membuat bayaran semula pinjaman tersebut.

Tanggungjawab penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah mendapatkan semula RM250 juta yang dipinjamkan itu, kata Rafizi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Tambahnya, Najib selaku perdana menteri dan menteri kewangan perlu menggunakan kuasanya untuk mendapatkan izin keluarga Shahrizat bagi mencagar aset tersebut kepada kerajaan.

Sekiranya aset tersebut tidak dicagar dalam masa seminggu, PKR akan meneruskan pendedahannya ke atas aset yang dibeli oleh keluarga Shahrizat dan juga kes lain melibatkan NFC, kata Rafizi lagi.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: