18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MELAKA - Mengambil masa kira-kira setengah jam selepas umpan dilontarkan, seorang peserta pertandingan memancing berjaya menggondol gelaran juara sekali gus memenangi RM10,000 dalam satu pertandingan memancing yang diadakan di bawah anjuran Joran Emas, kelmarin.
Nordin Bakar. 48, menjadi juara baru pertandingan memancing mingguan yang diadakan setiap malam minggu di Pantai Eye On Malaysia, Bandar Hilir, dekat sini menewaskan ratusan peserta memancing lain yang terdiri dari dalam dan luar negeri ini.
Menurutnya, setiap minggu dia pasti menyertai pertandingan memancing yang diadakan di sini malah ia merupakan aktiviti riadahnya di waktu lapang.
“Selain untuk memancing, saya juga mengharapkan rezeki jika berjaya menaikkan ikan terberat biarpun persaingan begitu sengit antara kaki pancing lain.
“Saya juga berniat jika ada rezeki dan menang, duit kemenangan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk membaiki rumah yang uzur,” katanya.
Nordin berkata, dia tidak menduga persaingan sengit antara lebih 500 kaki pancing dari dalam dan luar Melaka menguji kesabaran dan membakar semangatnya untuk terus bertarung menaikkan ikan terberat.
“Saya terpaksa menunggu hampir setengah jam dan sempat menukar umpan dua kali sebelum pancing disentap sebelum seekor ikan pari seberat 1.4 kilogram berjaya didaratkan kira-kira 10.45 malam.
“Namun kira-kira 10 minit selepas itu, rakan saya menaikkan seekor ikan sembilan besar yang turut mempunyai berat sama dengan ikan pari saya,” katanya yang pernah menjadi juara lapan tahun lalu.
Katanya, atas kebijaksanaan juri, keputusan akhirnya memihak kepada saya selepas diumumkan pemenang berikutan perbezaan masa terawal menyelamatkannya dari berputih mata.
Pertandingan anjuran Kelab Joran Emas menyaksikan Nordin berjaya meraih wang tunai RM10,000 sebagai juara, Zamri Sariman, 43, dari Muar, Johor tempat kedua membawa pulang RM3,000 manakala Md Nor Md Said, 50, dari Klebang tempat ketiga mendapat RM1,000.
Sementara Zamri berkata, idea mengadakan pertandingan memancing waktu malam amat berkesan berikutan sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang tidak mahu ketinggalan untuk turut serta.
“Selain memancing, peserta juga berpeluang mengunjungi Melaka.
“Menang atau kalah bukan ukuran asalkan kami semua dapat berkumpul selain bermesra dan bertukar pendapat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Memancing Joran Emas, Amran Othman, acara memancing mingguan yang diadakan berjaya menarik pengunjung dari dalam dan luar untuk bersantai bersama keluarga bagi mengelak gejala negatif.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan