18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - “Alhamdulillah, anak saya semakin stabil. Dia semakin berselera untuk makan dan minum." Itu luahan Syida Ramli, ibu kepada Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2.
Mawar, yang dibenarkan pulang semalam, telah menunjukkan tanda-tanda positif.
“Saya bersyukur apabila melihat perubahan anak saya. Kalau sebelum ini, wajahnya lebam, tetapi selepas pembedahan, seluruh badannya sudah kemerah-merahan. Kata doktor itu perubahan positif.
“Dia di rumah sekarang dan kami sekeluarga memberi sepenuh perhatian kepadanya. Mawar mendapat bekalan ubat selama dua minggu dan perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, berikutan pembedahan itu, anaknya itu akan merengek kerana masih terasa sakit kesan daripada luka jahitan pembedahan yang mengambil masa sebulan untuk sembuh.
“Insya-ALLAH, selepas dua minggu nanti, kami akan membawa Mawar ke hospital kembali untuk membuka jahitan tersebut.
“Dalam tempoh ini juga, suami saya akan terus menjaganya kerana saya sudah mula bekerja,” katanya.
Mawar yang menghidap penyakit jantung berlubang dan injap sempit serta lumpuh otak, selamat menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Kos pembedahan RM40,000 telah dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Kelantan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan