10 April 2012

Wan Arif kurang darah merah, putih

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Disebabkan kekurangan­ darah merah dan putih, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad, 8, terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Menurut ibunya, Zetty Ramli, anaknya sudah mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan keadaannya begitu lemah. Melihat keadaan anaknya itu, dia dan suami membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan pakar.

“Bukan sahaja lemah, malah anak saya susah nak makan kerana ada ulser dalam mulutnya. Selera tu ada, tapi sukar buka mulut.

“Doktor yang memeriksa menyatakan dia kekurangan darah merah dan putih, kerana itu suhu badannya naik mendadak. Sekarang dia ditahan selama lima hari dan perlu mengambil antibiotik untuk menghindari daripada dijangkiti kuman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan kesan kimoterapi dilakukan.

“Ini kali pertama keadaannya sangat lemah. Kekurangan darah menyebabkan anak saya perlu ditambah darah merah dan putih,” katanya.

Adik Wan Arif memerlukan kos pembedahan RM80,000 bagi kos pembedahan dan pemindahan tulang titanium, termasuk RM40,000 untuk kos pemindahan serta RM38,000 bagi implan kaki kiri yang mengalami kanser.

Sinar Harian

Tiada ulasan: