18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
NEWCASTLE United terus memperkukuhkan kedudukan kelab itu dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Bolton, awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Dengan kemenangan ini sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan Newcastle untuk merebut tiket automatik ke saingan berprestij Eropah Liga Juara-juara.
Kemenangan malam tadi merupakan kemenangan kelima berturut-turut dicatat Newcastle selepas berjaya menewaskan Swansea City 2-0 Sabtu lalu.
Ben Arfa membuka tirai jaringan Newcastle apabila berjaya mengalahkan penjaga gol, Adam Bogdan untuk mendahului 1-0 pada minit ke-73.
Cisse yang menjaringkan dua gol semasa menentang Swansea, terus mencipta jaringan apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-83 untuk menewaskan Bolton 2-0.
Bolton yang banyak mendominasi penguasaan bola bagaimanapun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol, sebaliknya memberi peluang kepada Newcastle menembusi gawang di tempat lawan.
Pasukan itu kini berkongsi 59 mata dengan Tottenham dan berada dikedudukan kelima berbanding Tottenham yang dibezakan dengan jaringan gol.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan