25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Cukuplah bagi rakyat mengetahui gambaran sebenar Bersih 3.0, jika kerajaan tidak mengambil sebarang inisiatif terhadap apa yang dilakukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga berkata sekiranya kerajaan tidak mengendahkan sebarang cadangan Suhakam, pihaknya percaya rakyat akan mendapat gambaran jelas dengan pendengaran awam tersebut.
Tambah beliau, sama ada kerajaan memberi perhatian atau tidak, pendengaran awam perlu dilakukan agar rakyat maklum mengenainya.
"Kalau kerajaan tidak beri perhatian, pendengaran awam itu perlu dilakukan dan kemudiannya dimaklumkan kepada orang awam. Biar rakyat menilainya," tegas beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media, yang diadakan di pejabat Suhakam, selepas menyerahkan memorandum kepada badan hak asasi itu, petang tadi.
Bagaimanapun, kata beliau pihaknya menunggu keputusan Suhakam yang akan bermesyuarat pada minggu hadapan sebelum membuat sebarang tindakan susulan.
Sebelum ini, beberapa laporan dan pendengaran awam yang dijalankan Suhakam, berhubung beberapa isu seperti Bersih 2.0, tidak diberi perhatian oleh kerajaan.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu juga bercadang untuk mencabar perintah majistret yang membenarkan Dataran Merdeka ditutup pada 28 April lalu.
Tambah beliau, permohonan tersebut akan difailkannya secepat mungkin.
Dalam perkembangan berkaitan, Ambiga dalam memorandum yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, James Nagayam, menuntut badan hak asasi itu segera melakukan siasatan berhubung keganasan pihak polis terhadap peserta-peserta Bersih 3.0.
Sementara itu, Suhakam dalam responsnya berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan perkara yang dibawa Bersih 2.0.
"Kami akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan perkara ini. Selepas itu, kami akan maklumkan kepada pihak Bersih, berkenaan keputusan kami," kata James.
Turut serta ketika penyerahan memorandum itu, Sasterwan Negara, Datuk A. Samad Said, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 3.0; Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah; dan wakil peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan