25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mengharapkan pengendali skuad Penyu yang dipanjangkan tempoh rehat sehingga 31 Mei, Mat Zan Mat Aris tidak memperbesarkan isu yang mungkin boleh mengeruhkan hubungannya bersama badan itu.
Che Mat yang juga pengurus pasukan Terengganu berkata, dia hairan dengan sikap Mat Zan yang didakwa masih belum berpuas hati dengan isu penamatan kontraknya sebagai jurulatih skuad Penyu bermula 1 Jun depan.
Menurutnya, isu itu tidak seharusnya dibangkitkan memandangkan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat perjanjian sebelum ini.
“Pada saya mengapa dia (Mat Zan) perlu berasa hati dalam hal ini, sememangnya kita (PBSNT) telah menyerahkan notis penamatan kontrak kepadanya sebelum ini.
“Malah, dia sendiri telah bersetuju ketika menerima notis itu, walaupun belum menerima surat perlucutan jawatan sebagai jurulatih. Jadi, saya rasa perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Semalam Mat Zan terkejut dan melahirkan rasa kecewa terhadap PBSNT kerana beliau masih belum menerima surat pemecatan atau surat untuk membincangkan isu kontrak bersama pasukan Terengganu.
Sebaliknya, jurulatih itu berkata, dia hanya menerima notis serta surat tunjuk sebab berhubung kemerosotan prestasi skuad Penyu yang ditandatangani Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh.
Menyentuh mengenai surat tunjuk sebab itu pula, Che Mat berkata, sebagai jurulatih berpengalaman, Mat Zan sepatutnya lebih arif mengenai perkara itu dan tidak membuat sebarang komen yang boleh menjatuhkan dirinya sendiri.
“Mengapa dia tak nak jawab dulu surat tunjuk sebab sebelum bincang mengenai perkara lain? Jawablah surat itu dulu. Kita bersedia berunding jika masih ada perkara yang masih dia belum berpuas hati termasuk pampasan yang akan diterimanya nanti.
“Kita akui, Mat Zan memang masih jurulatih Terengganu yang sah sehingga 1 Jun ini, bagaimanapun kita tak nak dia terlibat dalam melatih pemain. Sebab itu dia direhatkan, itu saja,” katanya.
Dalam pada itu, Che Mat berkata, PBSNT mahu terus mengekalkan hubungan baik sedia terjalin bersama jurulatih itu yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001 yang lalu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan