25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Bersih 2.0 dengan mengemukakan dua langkah penting yang wajib dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, langkah tersebut adalah memastikan keseluruhan rakyat keluar mengundi dan menjadi pemantau semasa pilihan raya berlangsung kelak.
Katanya, DPPWP menganggap pengumuman itu perlu disambut oleh segenap lapisan masyarakat.
“Meskipun DPPWP bersedia dengan cadangan untuk adakan perhimpunan Bersih 4.0 seperti yang disarankan oleh pimpinan PAS, namun pengumuman yang dibuat oleh Bersih 2.0 juga penting untuk diambil perhatian,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, demi menyambut gesaan Bersih 2.0, DPPWP mengajak seluruh rakyat supaya menunaikan hak mereka sebagai pengundi dalam PRU13.
“Suara ratusan ribu peserta Bersih 3.0 perlu diterjemahkan melalui undi pula dan hanya undi rakyat dapat mencegah penipuan berterusan oleh pemerintah dalam setiap kali PRU berlangsung,” katanya.
Selain itu, uajr beliau hanya undi rakyat juga dapat mengakhirkan segala bentuk penindasan dan kezaliman rejim pemerintah.
Tambahnya, DPPWP mengalu-alukan usaha Bersih 2.0 untuk melatih sukarelawan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi pos dan ejen pengundi pos.
“Langkah ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan perjalanan pilihan raya yang betul dan segera mengambil tindakan sekiranya mereka mengesan sebarang unsur keraguan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, langkah itu wajar dipuji kerana Bersih 2.0 berusaha membantu kerajaan membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang menyangkal segala tohmahan bahawa rakyat dan Bersih 2.0 hanya mahu menggulingkan kerajaan.
Katanya, kerajaan sepatutnya merasa malu kerana mereka dilihat gagal dalam melaksanakan reformasi pilihan raya sehingga terpaksa dipantau oleh rakyat.
“Justeru, hargailah pengorbanan rakyat sebaiknya dengan menjadikan PRU13 sebagai yang paling adil dan bersih,” katanya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan