25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Mayat dua lelaki ditemui di dua lokasi berasingan di Kampung Pulau Belanga, Sering dan Limau Manis, di sini, semalam.
Mayat lelaki berbangsa Cina ditemui tertiarap di sebuah rumah kosong di Pulau Belanga manakala mayat lelaki Melayu, yang disyaki penagih dadah, ditemui di rumah kosong di Kampung Limau Manis dalam keadaan terlentang. Kedua-duanya disyaki akibat mati mengejut.
Mangsa, Lee Fook Choon, 53, tinggal di rumah itu seorang diri yang dipercayai disewa sejak dua tahun lalu.
Fook Choon yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang plastik di Bachok, dikatakan mula menyendiri sejak kebelakangan ini, selepas disahkan menghidap sakit buah pinggang.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assitan Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berasal dari Mersing, Johor, tidak mempunyai keluarga di sini, dan kelihatan murung sejak dua bulan lalu, di samping tidak dapat meneruskan pekerjaan kerana masalah kesihatannya itu.
“Mayatnya dijumpai tertiarap penduduk kampung selepas terhidu bau busuk dari rumah itu. Semasa forensik membuat pemeriksaan, terdapat beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan, yang dipercayai terbiar sejak lima hari lalu,” katanya.
Azham berkata, mayat kedua ditemui di Kampung Limau Manis, tinggal seorang diri di kawasan itu sejak keluar dari penjara empat bulan lalu atas kesalahan menagih dadah. Mangsa juga disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (HIV).
“Semasa pemeriksaan dilakukan, kita turut menemui jarum suntikan di samping pelbagai alatan yang digunakan untuk menghisap dadah,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan