25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
RIMBA TERJUN, Pontian - Seorang ibu yang sarat mengandung dan menunggu hari untuk melahirkan anak keempat trauma selepas melihat bumbung rumahnya terbang dalam kejadian ribut awal pagi semalam.
Noraini Sukardi, 35, yang hamil lapan bulan berkata, kejadian kira- kira jam 2 pagi itu berlaku sangat pantas dan menakutkan.
Ketika kejadian itu dia bersama suami, Julianto Pandak,35 dan tiga orang anaknya yang berusia di antara 8 hingga 11 tahun 8 tahun sedang lena tidur di dalam bilik.
“Suami mengejutkan saya dan anak-anak supaya segera bangun kerana air hujan telah masuk ke dalam rumah,
“Saya terus mendapatkan anak-anak dan tidak lama selepas itu bumbung di bahagian dapur termasuk siling tercabut di depan mata kami,” katanya.
Dia dan suami selepas itu terus membawa anak-anak ke luar rumah kerana bimbang perkara yang lebih buruk akan berlaku kepada mereka.
“Suami terus menarik tangan kami semua keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,
“Pada masa yang sama kami juga turut mendengar bunyi dentuman yang kuat dan percikan api dari kotak suis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di lorong Haji Sarip, Rimba Terjun, di sini pagi semalam.
Sementara itu, Julianto Pandak berkata kejadian itu berlaku selama 20 minit sebelum keadaan menjadi tenang sepenuhnya.
“Hujan lebat turun pada malam semalam, keadaan tenang pada awalnya tetapi bertukar menjadi ribut pada awal pagi.
“Saya terjaga apabila tempias air hujan terkena pada muka dan bila bangun dengar bunyi angin ribut yang sungguh kuat sehingga tingkap rumah terbuka,” katanya yang bekerja kampung.
Dia bagaimanapun sempat mematikan suis kotak utama elektrik rumah sebelum meminta pertolongan dari bapanya yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka.
“Saya bersyukur kerana isteri yang sedang menunggu hari tidak mengalami sebarang kecederaan dan semuanya selamat,” katanya yang kini menumpang di rumah bapanya.
Bagi Ketua Kampung kawasan lima mukim rimba terjun, Daud Sanusi berkata kejadian ribut ini merupakan yang pertama berlaku membabitkan 10 buah rumah.
Menurutnya, kesemua rumah terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung rumah dan dua buah rumah dihempap pokok.
Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan jumlah kerosakan masih keseluruhan masih disiasat pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pontian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan