23 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH – Seorang anggota polis peronda cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut ketika cuba menangkap suspek curi lori di ladang sawit Kampung Melekek Dalam, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Koperal Rasul Tumin, 47, maut serta-merta di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah lori muatan 10 tan membawa barangan elektrik terpakai, yang dicuri di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejadian berlaku apabila lori curi tersebut dikesan anggota unit peronda yang melakukan rondaan di kawasan Alor Gajah.
Menurutnya, mangsa yang menaiki kenderaan MPV polis bersama seorang lagi rakan, Koperal Hamidi Daud, 49, mengejar lori terbabit kira-kira 20 minit sebelum ia memasuki ladang kelapa sawit berkenaan.
“Apabila tiba di tempat kejadian, suspek yang memandu lori tersebut cuba menaiki bukit tetapi tidak berjaya sebelum melompat keluar untuk melarikan diri.
“Pada masa sama, mangsa yang duduk di sebelah pemandu keluar untuk menahan suspek tetapi dilanggar lori yang tiba-tiba mengundur,” katanya pada sidang media di Hospital Melaka, semalam.
Ghee Lye berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai tidak menarik brek tangan menyebabkan lori terbabit mengundur ke belakang sebelum merempuh mangsa.
Menurutnya, akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di anggota badan.
Maut depan mata
Sementara itu, Hamidi ketika menceritakan detik cemas itu berkata, dia bersama mangsa menerima maklumat mengenai lori terbabit yang berada di Kawasan Perindustrian Kelemak dan mereka berusaha mengejarnya.
“Lori dipandu laju ke arah Masjid Tanah melalui Kampung Kelemak.
“Mangsa mengeluarkan lebih 20 arahan kepada pemandu lori terbabit supaya memberhentikan kenderaannya tetapi tidak dipedulikan,” katanya.
Menurutnya, empat MPV polis dan sebuah motosikal trafik turut membantu mengejar lori terbabit, sebelum ia berakhir dengan tragedi di ladang sawit berkenaan.
“Saya lihat suspek terus memandu untuk masuk jauh lebih dalam ke kawasan ladang dan saya tidak mengekorinya sebelum mangsa bertindak turun dari kereta selepas menyedari suspek cuba melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya.
“Bagaimanapun, lori terbabit yang tidak ditarik brek tangan mengundur laju ke bawah semula dan membelok ke kiri menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kereta peronda dirempuh bahagian hadapan lori,” katanya.
Menurutnya, mangsa rebah serta-merta dan tidak sedarkan diri.
Hamidi yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar, sementara mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, polis kini giat menjalankan operasi memburu penjenayah terbabit.
Pemandu lori terkejut
Sementara itu, pemandu lori yang dicuri itu, Chen, 30, berkata, dia yang mahu memulakan kerja terkejut mendapati lori diletakkan berhampiran rumahnya hilang jam 6 pagi.
“Saya segera buat laporan polis di Balai Polis Gemencheh dan menghubungi majikan untuk mengesan lokasi lori berkenaan melalui alat pengesan kedudukan (GPS).
“Tidak lama kemudian, majikan memaklumkan lori terbabit berada di sekitar Kawasan Perindustrian Kelemak, Alor Gajah, sebelum saya bergegas ke lokasi berkenaan dan sekali lagi terkejut diberitahu, seorang anggota polis terbunuh ketika kejar penjenayah,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan