23 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KITA tidak tahu apa telah jadi kepada Rahim Nor yang dibuang dari Ketua Polis Negara kerana membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berbelas tahun dia hilang tiba-tiba dia keluar dengan menuduh Nik Aziz Bapa Kafir.
Tidak diketahui dia waraskah atau cacat ingatankah?
Rasanya tiada orang Islam yang siuman boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan itu adalah Bapa Kafir.
Sekalian yang mengenal Ustaz Nik Aziz mengakui beliau adalah seorang yang soleh. Akhlaknya, ibadatnya dan penampilannya dengan masyarakat melayakkannya menjadi orang soleh.
Tiada ada makhluk yang boleh menyangka beliau akan jadi kafir dan mati kafir. Apalah lagi Bapa Kafir. Tuduhan terhadapnya bukan sekadar kafir biasa disebabkan oleh murtad atau menyengutukan Allah atau Islam liberal atau jadi ateis, tetapi bapa segala kafir.
Di kalangan makhluk manusia bapa kafir itu adalah seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab. Bapa Kafir ini boleh lebih teruk dari Iblis. Kafir Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Bapa Kafir seperti Firaun dan Namrud mengaku diri mereka tuhan. Bagi Rahim Nor, logiknya Tok Guru Nik Aziz itu setara Firaun dan Namrud. Barang dijauhkan Allah.
Tidak susah bagi Allah hendak menjadikan orang Islam itu kafir seperti tidak sukar bagiNya hendak memberi hidayat kepada orang kafir. Iblis yang pernah menjadi tok guru kepada malaikat boleh jadi kafir yang pertama kerana takburnya, maka mana-mana orang Islam boleh tergelincir imannya. Tetapi manusia tidak arif untuk membuat telahan seorang beriman itu kafir apa lagi Bapa Kafir.
Melainkan orang ada cacat fikiran. Orang yang cacat fikiran perlu berjumpa doktor jiwa atau mendapatkan bantuan bomoh bagi memulihkan ingatannya.
Mungkin apa yang berlaku adalah gara-gara badi kerana rasa bersalah memukul Anwar dulu. Atau dia tidak betul semasa memukul Anwar dulu. Orang yang betul tidak pukul orang macam itu. Tetapi cara memukulnya macam orang gila.
Atau mungkin juga kerana kesan dari kena buang kerja dan terganggu hendak bertemu orang disebabkan perbuatannya itu.
Biarkanlah dia dengan keadaannya. Orang pun tidak terpengaruh dengan kata-katanya. Tiada yang peduli dengannya kecuali oleh orang yang ada masalah jiwa juga.
Merugikan air liur saja melayannya.
Ada pun Tok Guru Nik Aziz itu tiada kafir dia kerana orang kata dia kafir. Moga-moga tidak terganggu fikirannya dengan kata-kata nanar itu.
Sehingga ini tidaklah boleh dikata dia Bapa Kafir kerana amat bertentangan hakikat itu dengan amal solehnya selama ini.
Tetapi dengan pemerintahannya melayan secara adil baik rakyat itu Islam atau kafir, menyebabkan ramai orang bukan Islam tertarik kepadanya malah bukan sekadar melihatnya sebagai pemimpin orang Islam bahkan pemimpin mereka juga.
Justeru keadilannya itu ramai orang bukan Islam menganggotai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mereka menerima pimpinannya dan secara sukarela mahu menjadi penyokongnya.
Subra, Timbalan Ketua DHPP ketika Tok Guru hendak menunaikan haji ke Mekah datang menyerahkan sampul surat berisi wang kepadanya dan berkata, ‘Tok Guru! Ini sedikit belanja di Mekah nanti.’
Ada di antara orang bukan Islam menerimanya sebagai bapa. Kalau ada orang bukan Islam sudah menerimanya sebagai bapa mereka, maka bolehlah beliau menjadi bapa kepada setengah orang kafir.
Jika ada orang kafir merasakan sebagai bapa, tidaklah beliau menjadi kafir. Masih beliau seorang yang soleh. Masakan orang kafir menganggapkan sebagai bapa, maka dia menjadi kafir pula. Tentulah beliau dapat menyesuaikan diri sebagai orang Islam yang menjadi bapa kepada setengah orang bukan Islam.
Dalam keadaan demikian beliau tidak boleh Bapa Kafir seperti yang Rahim Nor kata, tetapi beliau sudah boleh diterima sebagai Bapa kepada setengah orang kafir.
Kalau Rahim dalam apa keadaan pun kata Nik Aziz Bapa Setengah Orang Kafir, maka ia betul dan dapat diterima.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan