24 Mei 2012

Ugut: Tukang gunting didenda RM4,000

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang tukang gunting didenda RM4,000 atau enam bulan penjara selepas mengaku bersalah mengacu pisau terhadap rakannya di Wakaf Che Yeh di sini, 21 Mei lalu.

Keputusan dibuat Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ke atas Mohd Sani Mohd Nor, 32.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Sani didakwa mengugut untuk mencederakan Azman Dollah, 27, menggunakan pisau itu pada jam 3 pagi di sebuah kedai telekomunikasi di Wakaf Che Yeh di sini.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan hukuman itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman dan peguam bela, Nor Hayati Mohd Nawi.

Sinar Harian

Tiada ulasan: