3 Rejab 1433H. [MOD] -
ROME - Itali semalam mengisytiharkan darurat selama 60 hari di kawasan timur laut Itali yang dilanda gempa berkekuatan 6.0 skala Richter pada Ahad lalu.
Kawasan yang terlibat adalah sekitar Bologna, Modena dan Ferrara.
Kerajaan turut berjanji untuk memberi bantuan sebanyak 50 juta euro (RM199 juta) kepada projek pembinaan semula kawasan penempatan dan kilang yang musnah dalam tragedi itu.
Dalam satu kenyataan, kerajaan juga memutuskan untuk pengecualian sementara pembayaran cukai hartanah kepada individu yang mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda.
Seramai enam penduduk terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian gempa yang menggegar.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan