3 Rejab 1433H. [MOD] -
KAPTEN Queens Park Rangers (QPR), Joey Barton digantung 12 perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan kelakuan ganas ketika persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Keputusan itu dibuat oleh panel tatatertib setelah mendapati Barton bersalah dalam isu pergaduhan dengan pemain Manchester City, Sergio Aguero dan Vincent Kompany selepas tidak berpuas hati apabila memperoleh kad merah.
Pada perlawanan itu, QPR tewas kepada City 2-3 di Stadium Etihad pada perlawanan terakhir musim ini.
Pemain tengah berusia 29 tahun itu dikenakan denda £75,000.
Menurut wakil Pengerusi Suruhanjaya Pengawalseliaan, "atas padang ada peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pemain. Ini kerana perlakuan ganas akan merosakkan imej bola sepak kita."
"Lebih-lebih lagi insiden yang berlaku itu terjadi pada perlawanan terkahir musim ini yang ditonton oleh berjuta-juta peminat di seluruh dunia. Ia sekali gus mencemarkan dunia bola sepak.
"Jadi, tindakan disiplin harus dilakukan bagi memberi pengajaran kepada para pemain agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi," tegas beliau.
Sementara itu wakil jurucakap QPR berkata, pihaknya akan membantu Barton agar pergantungan pemain itu dapat dikurangkan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan