3 Rejab 1433H. [MOD] -
BATANG KALI - Beroperasi di kawasan dusun dan memasang pagar besi lama berlapis antara taktik digunakan sindiket penyelewengan gas bersubsidi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Bagaimanapun, taktik itu gagal menghalang pihak penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada menghidu kegiatan mereka.
Timbalan Pengarahnya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, hasil risikan selama dua minggu berjaya melumpuhkan kegiatan haram itu yang dipercayai telah beroperasi hampir setahun di kawasan dusun Lembah Genting, dekat sini semalam.
“Pegawai penguat kuasa yang tiba jam 11.30 pagi terpaksa memotong pagar besi yang berkunci sebelum dapat memasuki gudang yang dijadikan tempat memindahkan gas bersubsidi tersebut.
“Pekerja warga asing yang menyedari kehadiran pihak berkuasa juga dilihat lari dan meloloskan diri melalui pagar zink dan lereng bukit, namun kepantasan pegawai kita berjaya menahan tiga daripada lapan pekerja terbabit termasuk penjaga gudang dan pemandu lori,” katanya.
Menurutnya, ketika serbuan diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Shahrudin Hamzah bersama tujuh pegawai itu, pekerja tempatan dan warga asing sedang rancak melakukan proses pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong gas bersubsidi ke lori tanker yang dipercayai digunakan untuk membawa gas tersebut kepada pengusaha industri.
Katanya, hasil siasatan mendapati kira-kira 2,000 tong gas berjenama kurang laris ditemui dalam gudang tersebut bersama sebuah treler dan lori tanker.
Mohamad Mokhtar berkata, sindiket yang beroperasi 24 jam itu menggunakan teknologi lebih moden untuk melakukan proses pemindahan gas yang terus ke lori tanker dan keuntungan diperoleh mampu mencecah ratusan ribu ringgit.
Namun, menurutnya kegiatan yang jelas tidak mematuhi piawaian keselamatan itu dibimbangi akan mengakibatkan letupan seperti yang berlaku di sebuah gudang memproses bahan sama di Semenyih awal tahun ini.
“Ini merupakan rampasan terbesar dalam tahun ini yang dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta.
“Kesemua tong gas tersebut dibawa daripada Pelabuhan Klang dan diproses di gudang ini sebelum dipercayai dipasarkan ke sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Kawalan Bekalan 1974.
Menurutnya, jika didapati bersalah kegiatan yang dilakukan secara individu akan dikenakan denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, sementara jika dilakukan oleh syarikat sendirian berhad boleh dikenakan denda RM250,000 atau penjara.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan